Hilang Hak Penjagaan,Anak Dijaga Keluarga Non Muslim

Ibu bapa mana yang tidak mahu buat baik terhadap keluarga serta anak-anaknya bukan? Tapi ada sesetengah anak-anak khususnya tidak memahami erti kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka.

Adat apabila ada ibu bapa memarahi anak-anak mereka bagi tujuan mendidik anak-anak kearah yang lebih baik. Namun lain pula yang terjadi pada keluarga Encik Hairi yang didakwa telah memukul, memaksa anak-anak mereka berpuasa, membaca Al- Quran dan bersembahyang.

Berita ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang telah meluahkan rasa sedihnya dengan apa yang telah terjadi terhadap keluarga abangnya yang tinggal di Norway.

Encik Hairi Bin Muhamad dan isteri Norliha Binti Khamis yang menetap di Norway bersama dengan 5 orang anaknya. Pasangan ini telah dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan memarahi, memukul, memaksa anak-anak mereka membaca Al-Quran, berpuasa serta menunaikan solat.

Kes tersebut tercetus apabila dikatakan salah seorang daripada anak pasangan tersebut telah stress dengan tekanan yang terpaksa dilakukan olehnya iaitu dengan berpuasa sehingga 18 jam.

Dia bertindak memberitahu hal tersebut kepada gurunya di sekolah. Disebabkan aduan itu telahpun dilaporkan  kepada Badan perlindungan kanak-kanak (Child Protection).

 Pada hari yang sama semasa  awal bulan Ramadhan yang lalu 5 orang anak pasangan ini telah diambil hak penjagaan dan diberi untuk berjumpa sekali sahaja dalam sebulan.

Apa yang lebih merisaukan tentang hak penjagaan budak-budak itu adalah kesemua 5 orang anak itu bawah jagaan keluarga NON-MUSLIM.

Adik kepada Encik Hairi ini memberitahu bahawa abangnya masih menunggu keputusan perbicaraan pada 4,5 dan 6 Nov 2019 ini. Dia meminta agar anak-anak abangnya itu kembali kepangkuan keluarga mereka.

Jika keputusan mahkamah kalah, pasangan ini akan tidak mendapat hak penjagaan terhadap 5 orang anak mereka sehinggalah  mereka berusia 18 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here