“Harta Curi Mana Nak Berkat” – Ahmad Fedtri Yahya

Awal malam tadi, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi kisah tentang penderitaan yang menimpa seorang wanita yang difahamkan menjadi mangsa kes jenayah ragut.

Dari posting yang dikonsikan olehnya menerusi Instagram itu, Ahmad Fedtri Yahya membayangkan memang susah jika dalam diri ada kebahagiaan ketika mencuri oleh si pelaku.

Ahmad Fedtri Yahya juga berkongsi bagaimana ibu (mangsa berkenaan) yang telah bertarung untuk menyelamatkan dirinya dan juga anak kecil sehingga telah alami kecederaan.

Ini perkongsian Ahmad Fedtri Yahya:

“Ibu dan anak yang cedera ( patah bahu ) setelah bergelut dengan peragut. Si ibu sanggup mengejar peragut tetapi terbabas dan mengalami luka-luka. Memang payah kalau dalam diri ada ‘kebahagiaan’ mencuri. Ada yang mengambil hak orang lain secara keras dan ada pula yang ‘kreatif’ dalam diam. Harta curi mana nak berkat. Ia akan datang semula kepada pelaku dalam bentuk musibah yang tak terduga.”

Lalu perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian dari para follower Ahmad Fedtri Yahya, dan ini termasuk seorang pengguna IG yang kemudian telah menyatakan mangsa merupakan makciknya.

Selepas beberapa jam komen berkenaan ditulis, Fedtri dilihat telah turut membalas komen individu berkenaan yang menggunakan akaun @sha_abdllh.

Ahmad Fedtri Yahya dilihat bertanyakan nombor akaun mangsa utnuk membantunya. Ini selepas ibu malang itu dikatakan kehilangan beratus-ratus ringgit selepas diragut.

Perkongsian oleh pengacara MHI tentang kes berkenaan juga telah membuat ramai netizen yang memberi pelbagai jenis reaksi. Dapat dilihat ada yang memberi pesan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati terutamanya apabila melakui lokasi sunyi yang sememangnya amat bahaya.

Apapun, semoga mangsa dan anak kecil berkenaan pulih sepenuhnya dan dimurahkan rezeki selepas ini.

Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here