Harimau Malaya akan berlawan untuk aksi pertama piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam pada hari ini, hari Selasa (11 Dec), diikuti aksi timbal balik pada hari Sabtu, 15 Disember di Stadium My Dinh, Hanoi.
Ketua jurulatih pasukan Malaysia iaitu Tan Cheng Hoe berkata, ada empat tonggak utama yang mungkin terlepas perlawanan pertama hari ini.
Yang pertama ialah pemain sayap iaitu Safawi Rasid yang telah mengadu alami sakit belakang selepas menentang Thailand, Rabu lalu. Kini Safawi masih belum cergas sepenuhnya.
Pertahanan kiri, Syazwan Andik Ishak serta pertahanan tengah Aidil Zafuan Abdul Radzak turut mengalami kecederaan hamstring, masih tidak pasti sama ada boleh diturunkan atau tidak pada perlawanan kali ini.
Sementara itu, Syahmi Safari pula digantung perlawanan selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang Thailand setelah didakwa mengguankan tangan ketika bersaing di udara sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Thailand.
Namun begitu, Tan Cheng Hoe masih tenang dan percaya dengan kebolehan pemain-pemainnya.
Ini komen beliayu tentang pasukan Harimau Malaya:
“Kita sedang memantau situasi ketiga-tiga pemain dan mendapatkan laporan perubatan. Mereka perlu benar-benar cergas sebelum dapat diturunkan dan itu satu isu kerana kita kesuntukan masa, namun walau apapun saya percaya dengan pemain-pemain yang ada di dalam skuad.
“Masing-masing bersedia menggalas tanggungjawab sepertimana kita tengok Nazirul (Naim) bermain cemerlang tempoh hari menentang Thailand.
“Jadi ketika ini di pertahanan kita ada Amirul (Azhan), Adam (Nor Azlin), Irfan (Zakaria) manakala di posisi Safawi juga kita ada beberapa pilihan yang kredible. Jadi kita tetap boleh turunkan skuad terkuat.
“Kita tidak boleh ulangi kesilapan sama, sebolehnya kita bunuh terus perjuangan mereka dalam aksi pertama supaya tiada tekanan dalam aksi kedua nanti. Kita yakin dengan kehadiran lebih 80 ribu penyokong nanti akan menjadi inspirasi tambahan kepada pemain-pemain untuk berikan segala yang terbaik,”
Goodluck buat pasukan Malaysia, semoga menang malam ni!
Sumber: Foxsports.