Harga Semakin Mahal, Ini Penjelasan Dari KFC

Memang kecoh apabila ada pihak yang perasan kenaikkan harga set ayam restoran makan segera popular di Malaysia iaitu KFC.

Kalau dilihat harga ayam sudah mencecah berbelas ringgit dan semakin naik.

Pihak pengurusan iaitu QSR Brands (M) Holdings Berhad. (QSR) mengesahkan berlakunya sedikit peningkatan harga jualan bagi set menu tertentu di rangkaian restoran makanan segera KFC.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, harga KFC naik sedikit berlaku kerana pelarasan margin ke atas harga produk ditawarkan, sekali gus membolehkan mereka terus menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna.

Ini penjelasan nya:

“Kami ingin menjelaskan, bermula Disember 2018, harga kami termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kami berharap para pelanggan dapat memahami bahawa menu kami dicipta khusus agar ia menawarkan pilihan yang mempunyai value for money bagi pengguna dengan kehendak pelbagai.

“Dalam pada itu, posting yang tular di media sosial membandingkan harga Snack Plate dan Dinner Plate di KFC adalah berdasarkan pembandingan harga terkini dengan yang beberapa tahun lalu,”

Beliau berkata demikian bagi mengulas gambar viral di media sosial yang membandingkan harga set menu di KFC.

Ini foto yang menjadi viral:

Pada masa sama, Mohamed Azahari berkata, Super Jimat Box yang dilancarkan sejak tahun 2015 tidak pernah dijual pada harga RM12.50.

Beliau mengulas berita yang viral di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate, katanya, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Sejak semalam, kecoh di laman-laman sosial Facebook mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Sumber: Kosmo / Utusan

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here