Kecoh pada bulan lalu apabila telah viral mengenai harga set hidangan ayam (Kentucky Fried Chicken) KFC yang semakin mahal.
Kenaikkan ini teryata mengejutkan banyak pihak dan kebanyakkan merek atak perasan akan kenaikkan harga KFC itu.
Oleh itu rata-rata pengguna menggesa campur tangan daripada pihak berkuasa.
Isu kenaikkan harga ini mendapat perhatian pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengadakan pertemuan dengan QSR Brands (M) Holdings Berhad untuk mengetahui apa punca sebenarnya sampai naik harga sebegitu rupa.
Memetik dari laporan Free Malaysia Today, hasil pertemuan pada Jumaat lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution dimaklumkan bahawa kos pengeluaran yang meningkat menjadi punca utama kenapa harga menu KFC dinaikkan.
Kenaikan kos pengeluaran berlaku dari satu peringkat pengeluaran kepada peringkat yang lain. Ia juga berpunca daripada syarat yang ditetapkan untuk memegang lesen francais antarabangsa.
Ini kenyataan yang diberikan:
“Jelas mereka, ada beberapa syarat yang perlu mereka penuhi. Misalnya, bahan-bahan yang mereka gunakan. Dalam perjanjian francais, mereka disyaratkan membeli dari pembekal yang telah dinamakan,”
Katanya lagi, walaupun ada pilihan pembekal lain yang menawarkan harga yang lebih murah, namun syarikat itu tidak boleh mengambil bahan dari pembekal lain kerana terikat dengan syarat dan perjanjian yang ditetapkan.
Namun begitu, katanya lagi, syarikat berkenaan tetap akan menghantar laporan bertulis kepada kementerian itu dari masa ke semasa tentang isu berkenaan.
Sumber VitDaily