“Harap Perhilitan Buat Siasatan…” – Komen Netizen.. “Kenapa Tak Kesian Kat Saya” – Respon Aliff Syukri

Kucing hutan milik Datuk Seri Aliff Syukri bernama Dodi telah lari dan hilang dari rumah. Kucing jenis “Savannah Cat” itu lari dari rumah Aliff Syukri di Damansara itu dikatakan akibat kecuaian pekerjanya.

Perkongsian Aliff di laman sosial mengenai musibah itu turut mengundang reaksi negatif netizen apabila mereka meminta pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negar (Perhilitan) mengambil tindakan terhadapnya.

Membaca komen berkenaan, Datuk Aliff Syukri berasa amat terkilan dengan sikap netizen yang seolah-olah menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

Netizen dilihat telah minta pihak perhilitan ambil tindakan terhadap Aliff.

Ini antara komen dari netizen:

Apabila melihat komen itu ini respon balas dari Aliff Syukri:

“Kenapa tak ada orang kesian kat saya??? Orang yang tulis macam ni tak ada belas kesian kepada saya macam saya ada buat jahat pada anda.

“Kau orang tahu tak saya tengah bersedih ni. Kehilangan Dodi saya dah bela lima tahun dan ada permit. Nilai kos beli dan jaga hampir RM50,000”

Dodi yang merupakan kucing dari baka Savannah Cat itu dikatakan terlepas ke hutan belakang rumah pengasas D’Herbs itu di sekitar Kota Damansara sejak Khamis. Aliff membeli Dodi ketika berusia tiga bulan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Biar Apa Orang Kata itu memberitahu kucingnya hilang disebabkan kecuaian pekerjanya yang tidak bertanggungjawab.

“Hilang dari semalam (Khamis) berpunca daripada pekerja saya yang cuai dan tak bertanggungjawab. Ya Allah kau selamatkan kucing aku dodi dan kau jumpakanlah kucing aku.

“Perhatian kucing Afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di Kota Damansara”

Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaru dari Aliff Syukri, kucing tersebut berjaya ditangkap oleh pihak Bomba dan penyelamat Malaysia kira-kira pukul 9.48 malam, Jumaat.

Ini komen Aliff Syukri:

“Tuhan je tahu betapa happyye kami 1 family..

“Alhamdulillah 2 hari dodi hilang akhirnya jumpa juga di sebuah hutan.. sy susah hati sebab dia mesti x makan di luar sbb biasa makan daging dan ayam siap potong..dia x biasa duk hutan….dia akan takut….saya minta tolong bomba utk tangkap.

“Atas maklumat orang awam yg nampak dodi tepi jalan….kami dapat menjejaki dia….jumpa dia pun dah x larat,dah x ada tenaga sbb x makan….terima kasih Abg2 Bomba daerah petaling jaya yg sudi bantu tangkap kan dodi dibantu oleh staff2 saya juga..kalau lah hilangg mahu murang saya setahun sbb dah bela hampir 4 tahun.”

Syukur Dodi selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here