“Haram sampai sekarang tak bayar-bayar..” – Pendedahan Noorkhirah

Pelakon drama Nur 2 iaitu Noorkhiriah baru-baru ini ada meluahkan rasa hati yang terbuku. Noorkhiriah memuat naik sekeping gambar dan caption di Instagram nya yang menjadi buah mulut orang ramai.

KOMEN KATA KESAT AKAN KENA BLOCK

Pertamanya, menerusi entrinya itu, Noorkhiriah telah memberi amaran kepada netizen yang meninggalkan komen yang agak kasar atau kesat.

Jika ada komen seperti itu, secara tanpa fikir panjang, mereka yang menulis akan kena block dengan Khiriah sendiri.

“Korang berhak meninggalkan komen yang menyakitkan dan akak berhak gitau..yg tak sedap dibaca maaf akak block..& korg pun berhak nak block akak..takdak hal..mmasing punya ig..

“Akak taknak tercetus perbalahan di sini..kalu korg rasa kita saudara seislam.. memoleklah tinggalkan komen..bab soal jawab soalan..akak mmg jawab seikhlas hati..takde propa2..ffeling lentok sana sini..suka,tq..tak suka..leh jalan cari rumah lain..

KES PINJAM WANG, SAMPAI SEKRANG TAK BAYAR!

Dalam pada itu, Khiriah nampaknya agak marah dan kesal apabila ada pihak yang mahu meminjam wangnya dan dia turut pernah rasa ditipu.

“Mulut akak mmg mcm bertih..hbs sesedap je nak pinjam 3k.. ingt duit ni daun.. kutip tepi jalan.. hati2 yg meninggalkan komen korg tk kena leh la korg cakap..adikbadik akak pun xde nk minjam..akak dh puas kena tipu..

“Org minjam janji nak bayar.. haram sampai skrg tk bayar2.. lagi satu pda yg DM nak pinjam rm.. buktikn tlebih dahulu..

“Ni gmbr dp tlompat2 tapi gitau hidup susah sebatang kara..dik idup jgn nak menipu lari semua keberkatan..usaha..usaha..kalau akak cite susahnya akak dulu takde sapa yg percaya…selagi punya nyawa..usaha..inshaAllah berhasil..

“Jangan wat naya orang,nak berlagak..berlagaklah dengan hasil titik peluh sendiri bukan menipu sanasini..sonok idup cmtu?..sekian #akakgeram,”

Di ruangan komen, ramai netizen yang memberi sokongan kepada Noorkhiriah yang sememangnya diketahui mempunyai bakat lakonan yang amat mantap dan hebat.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here