Hana Mengeluh Mengandung Kali Ni Banyak Ragam

Sebut saja nama Hana Azraa semua kenal, mana tak nya semua mengenali Hana Azra sebab dia merupakan isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu yang sudah pasti semua orang tahu akan kontroversinya.

Nama PU Abu telah mennjadi bualan para netizen apabila kisah rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama. Dia telah didakwa telah menceraikan isterinya yang sarat hamil 7 bulan kerana mahu berkahwin lain.

Sebaik sahaja bercerai dengan isteri pertamanya, iaitu Aini PU Abu dikatakan telah bernikah pula dengan seorang usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Namun, ada khabar angina mengatakan bahawa hubungan mereka suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sudah goyah apabila Hana sendiri ada memuat naik status di IG nya dengan menulis “single mom”.

Disebabkan itu, netizen telah membuat pelbagai spekulasi tentang hubungan suami isteri ini. Terkini apabila PU Abu ada memuat naik video yang menunjukan dia sedang menemani Hana melakukan scan kehamilan.

Berita itu juga turut dikongsi oleh Hana di laman sosial Instagramnya. Menurut Hana lagi, kandungannya kini sudah pun mencecah tiga bulan.

Dia turut meluahkan rasa dirinya cepat merasa letih dan tidak boleh berjalan banyak serta kandunganya juga membuat banyak ragam.

Dia juga turut meluahkan rasa syukur apabila ada individu yang baik hati yang sangup melayan karenah dia ketika sedang berbadan dua ini.

Malah, para peminat Hana Azraa juga mendoakan agar ibu ini terus semangat dan bersabar melayan karenah kandungannya kerana semestinya orang yang hamil memang normal jika merasakan sebegitu.

Semoga Hana Azraa dan PU Abu akan sentiasa sabar dalam menempuh alam kehamilan yang penuh ragam dan semoga hubungan mereka berdua sentiasa baik sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here