“Hal rumah tangga tak boleh cerita di media sosial” – Teguran Da’i Wan

Zaman kini, dunia mudah untuk menerima hebahan, hanya dengan telefon bimbit dan internet sudah mencukupi. Dengan dua benda ini, dunia sudah berad di hujung jari sahaja.

Ada juga yang meluahkan rasa hati dan perasaan melalui laman media sosial. Maklumlah, kadangkala tak tahu mana nak luahkan rasa hati yang dipendam. Perkara yang didedahkan termasuk kisah rumahtangga, hal pasangan masing-masing.

Melihat hal ini sering terjadi, penceramah Da’i Wan telah tampil menasihatkan semua pasangan suami isteri perlu jaga aib pasangan masing-masing.

Ini posting dari Dai Wan:

Da’i Wan berkata, dia memuat naik status di media sosialnya sebagai teguran secara umum dan ianya tak dikaitkan dengan mana-mana pihak tertentu.

Katanya, pendedahan berkaitan hal rumah tangga di laman sosial semakin berleluasa sejak kebelakangan ini dan ini harus dihindari.

“Apa yang saya kongsikan itu secara umum kerana sejak kebelakangan ini banyak yang dedahkan masalah-masalah rumah tangga di media sosial mereka,” 

Da’i Wan berkata, perkara tentang rumah tangga yang retak perlu diselesaikan sesama sendiri dan kalau ada masalah besar boleh ikut undang-undang yang melindungi hak sebagai isteri dan juga suami.

Ini komen Dai Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin:

“Suami isteri perlu jaga aib sesama mereka, hal bilik tidur khususnya simpan sahaja untuk kebahgaiaan berdua. Hal berantakan pula, luahkan secara berdepan, selesaikan mengikut prosuder dan undang-undang yang ada,”

Ketika ini, sedang hangat kes rumah tangga pelakon Aliff Aziz dilaporkan bergolak apabila isterinya, Bella Atillah mendedahkan kecurangan Aliff Aziz dengan pelakon bernama Oktovia Manrose ketika jalani penggambaran sebuah telefilem.

Sebelum ini, Aliff Aziz juga pernah terkait dengan kontroversi rumah tangga ketika dia keluar bersama pelakon Afifah Nasir namun hal berkenaan telahpun selesai.

Sumber: mStar / IG Dai Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here