Hairul Azreen Diserang Dengan Kecaman Netizen

Kecoh baru-baru ini apabila pelakon Hairul Azreen telah memaparkan aksi “hand stand” kepada bayi perempuannya berusia 5bulan telah tular.
Video yang berdurasi lebih kurang 20 saat itu telah menarik perhatian angkasawan Negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang menegur tindakan bahawa yang dilakukan olehnya.

Namun, pelakon itu telah pun memadam teguran yang diberikan kepadanya. Ekoran daripada isu terbabit, Public Health Malaysia (PHM) pula memuat naik status grafik di laman Facebook.

Status grafik berkenaan menerangkan bahawa bahayanya aksi “hand stand” sepertimana yang dilakukan oleh Hairul Azreen.

Kapsyen Public Health Malaysia (PHM) :

Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak,”

Disebabkan info yang disampaikan oleh pihak PHM itu, ramai netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat.

Akibat daripada pengkongsian tersebut, rata-rata warga net telah menyerang laman IG Hairul Azreen berikutan rasa marah kerana dia melakukan hal tersebut terhadap anaknya yang berusia 5 bulan itu.

Bukan itu saja, netizen juga amat kesal dengan tindakan Hairul memadam komen yang berunsur nasihat yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar.

Antara kecaman netizen pada Hairul Azreen :

“Doktor tu tak ada masa nak menyibuk pasal hal kau tapi dia concern pasal anak kau. Iyalah belum nak jatuh sebab malaikat lindung. Kalau tiba-tiba Allah nak tunjuk sebab kau bongkak, tiba-tiba anak kau jatuh kepala pecah berderai lepas itu kau nak buat apa?”

Sebagai rekod, Hairul Azreen juga pernah melakukan aksi sebegini terhadap anak sulungnya iaitu Yusuf Iskandar semasa anaknya itu dalam lingkungan umur anak perempuannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here