Hafiz Hamidun terus call Suhaimi Saad isu bumi bulat.. Ini perbualan mereka

Penyanyi nasyid iaitu Hafiz Hamidun dilihat telah memberi respon tentang isu yang melibatkan Suhaimi Saad.

Hafiz Hamidun akui ada menelefon rakannya itu dan ingin berbicara tentang isu panas iaitu bentuk Bumi.

Namun kata Hafiz, dia tidak jadi berbual tentang hal itu dan hanya menasihati Suhaimi Saad untuk terus berdiam diri dan tidak berbincangkan hal berkenaan.

Ini komen dari Hafiz Hamidun:

“Pagi tadi saya call Suhaimi Saad, nak cakap pasal bumi ni bulat. last-last tak jadi sembang, saya suruh dia stop buat statement atau jawab apa-apa lagi dah

“Sebab bercakap on the phone je, tak sure lah macam mana nak bantu situasi dia. Saya cakap kat Suhaimi, tak perlu panjang-panjangkan lagi isu ni. Kemudian, dia kata banyak blog dah tulis dan viralkan apa yang dia kata.

“Then saya kata, Apa kata minta maaf saja kalau apa yang dia kata tak disetuju orang lain.

“Well, itu je lah yang saya boleh buat. Saya pernah produce album Suhaimi Saad, saya pun kawan dia. So dalam keadaan macam ni, ini saja yang saya mampu buat untuk redakan keadaan.

“Saya tahu, Suhaimi aware dengan pandangan orang kepada dia. Tadi pun dia kata pada saya, bila dia tulis status FB ajak berselawat pun, orang komen “Bumi ni bulat”. Dari nada dia bercakap, saya rasa ada perasaan kesal.

“Doakan je lah yang elok-elok. Kita tak berada di tempat dia, kita pun tak tahu apa yang sedang dia lalui.

“Saya cakap lah benda ni kat dia… sebagai kawan ya. Saya nak nasihat panjang pun xboleh. Lagi kita cakap, mungkin nanti meleret lagi jadinya. Wallahu ‘alam.

1 COMMENT

  1. bulat ke flat ke…lantak lah…korang xperlu nak sakit kepala nak pikir banyak…dah ko nak tahu sangat pasal bentuk bumi…mintak dgn Allah yg tunjukkan kat ko..pastu ko simpan sorg2..habis citer… xyah nk sebar sana sini…aama juga penentangan terhadap teori darwin(manusia dr beruk)…jadi adakah nabi Adam a.s tu beruk?mestilah tidak…kita berpandukan al quran….simple je fikir….Allah bg kita fikir yg apa yg kita mampu…bukan over the limit…baik ajak org ramai kearah kebaikan…kemakmuran…berdakwah..kedamaian…itu lg penting…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here