“Gol Vietnam Offside” – Kata Safawi Rasid, Prestasi Pemain Ini Juga Tak Berapa Bagus

0
7235

Semalam telah berlangsung perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pusingan kedua yang berlangsung di Hanoi Vietnam.

Akhirnya dek kerana gol awal pasukan Vietnam, Malaysia tewas 0-1 sekaligus gagal menjulang piala berkenaan untuk edisi kali ini.

Pemain sayap dan penyerang kebangsaaan, Safawi Rasid berkata, sekiranya pasukan Vietnam tak menjaringkan gol awal keputusan mungkin sedikit berbeza dan akan menjadi lebih sengit.

Malah Safawi juga akui bahawa gol Vietnam itu sebenarnya pemainnya dalam kedudukan Offside ketika membuat crossing.

Ini komennya:

“Gol Vietnam ofsaid. Kalau masa itu keputusan masih 0-0, mungkin pasukan tuan rumah lebih tertekan. Malaysia pula mungkin ada peluang untuk bangkit.

“Namun segalanya sudah berlaku. Walaupun tidak jadi juara kami dapat mara ke final dan menamatkan saingan di tempat kedua. Kami akan cuba lagi pada masa akan datang,”

Dalam pada itu, Safawi turut mengakui tidak beraksi pada tahap terbaik pada perlawanan akhir kedua itu.

“Bagi saya prestasi saya semalam tak berapa bagus. Namun secara keseluruhan, corak permainan pasukan amat baik.

“Peluang banyak cuma nasib tidak bersama pasukan kali ini,”

Safawi Rasid juga sempat meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki ke tanah air di mana kali terakhir dimenangi pada tahun 2010 ketika era Safiq Rahin dan juga Safee Sali.

ini komen Safawi lagi:

“Saya minta maaf kepada semua penyokong Harimau Malaya. Kami sudah cuba lakukan yang terbaik tetapi aksi malam tadi bukan rezeki kami.

“Kalah menang adat pertandingan. Itulah lumrah bola sepak. Terima kasih sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong kami”

Safawi turut kecewa kerana gagal merealisasikan impian rakyat Malaysia termasuk kedua ibu bapanya yang mahu melihatnya menjulang trofi berprestij berkenaan.

“Sudah tentu saya kecewa. Rakyat Malaysia tertunggu-tunggu kepulangan piala tersebut begitu juga saya dan rakan pasukan yang lain termasuk ibu bapa saya,”

Semalam, gol tunggal dari Vietnam dijaringkan oleh menerusi Nguyen Anh Duc pada minit keenam.

Malaysia terlepas peluang untuk mengikat kedudukan selepas banyak percubaan dari pasukan Harimau Malaya gagal menerjah ke jaring gol.

Apapun tahniah buat pasukan Malaysia. Semoga terus sukses di masa depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here