Khabarnya sudah lama anak-anak Rita Rudaini tak berjumpa dengan bapa kandung iaitu Aidil Zafuan sejak mereka bercerai. Kemudian, Rita Rudaini mendedahkan ada individu tidak senang sekiranya beliau dan bekas suami, Aidil Zafuan berbaik walaupun demi anak-anak.
Menerusi entri terbaru di Instagram, Rita seolah memberi bayangan ada pihak yang tak suka mereka berbaik sehingga gigih nak melaga-lagakan hubungan mereka berdua dan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa berjauhan dengan bapa kandung.
Awal malam tadi Rita Rudaini ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Ini caption gambar berkenaan:
“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik, walaupun demi anak-anak. Gigihla cuba nak lagakan kami. Anak-anak kami jadi mangsa. KEJI dan JIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan jadi baik. Nape ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami akan jadi macam lagu Stacy ‘bergabung meletop?’
“Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun, biar pun beribu tahun sisturr okay je. Sebab sisturr percaya, satu hari nanti TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada Daddy ryanjuna,”
Bagaimanapun dalam kenyataan yang sama Rita tetap positif dengan apa yang terjadi, dan percaya suatu hari hari nanti kebenaran bakal muncul dan anak-anaknya akan bertemu semula dengan Aidil.
Di ruangan komen pula, pelbgai reaksi diberikan netizen. Ada mendakwa kenyataan Rita seolah memberi bayangan bakal berbaik semula dengan bekas suami, tapi nampaknya ada juga yang menentang.
Sebelum ini, Aidil ketika ditanya mengenai pertemuan dengan anak-anak di Instagram live isterinya, menjawab ringkas bahawa beliau bakal bertemu dengan anak-anaknya tidak lama lagi.
Beberapa hari lalu menerusi satu laporan dari Harian Metro, Aidil yang kini sedang bersaing bersama skuah bola sepak Harimau Malaya, ada memberitahu dirinya sedia bertemu dengan anak-anak dan perkhabaran itu disambut baik Rita kerana sebelum ini, dia tidak pernah berniat untuk menghalang Aidil daripada bertemu kedua-dua anak lelakinya itu.
Ini komen Rita lagi:
“Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.
“Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.
“Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,”
Sumber: Media Hiburan / Metro