George Clooney gesa hotel Sultan Brunei diboikot.. Baca kisahnya

Pelakon antarabangsa popular, George Clooney menjadi buah mulut orang ramai apabila dia telah menggesa agar rangkaian Dorchester Collection’s termasuk Hotel The Beverly Hills dan Hotel Bel-Air di California diboikot.

George Clooney mendakwa pemiliknya, iaitu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mendiskriminasi komuniti yang jalin hubungan s0ngsang.

Dalam ulasannya di laman portal gosip antarabangsa,George Clooney berkata, tindakan memboikot itu susulan laporan yang menyebut negara Brunei akan melaksanakan hukuman rejam kepada pesalah buat kegiatan Z1NA dan s0ngsang.

Ini antara komen George Clooney:

“Pada 3 April ini, Brunei akan mula merejam sampai mati mana-mana rakyat yang terbukti menjadi s0ngsang. Ini berita yang menunjukkan dunia autoritarianisme, hanya negara itu sendiri,”

Dalam ruangannya, pelakon itu lantang menyuarakan pendapatnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah yang juga ketua agensi pelaburan negara Brunei.

“Sultan Brunei adalah seorang lelaki terkaya dunia. Dia memiliki Agensi Pelaburan Brunei dan mereka pula mempunyai beberapa hotel cantik.

“Mereka memiliki sembilan hotel paling eksklusif di dunia. Saya telah tinggal di tempat mereka sebelum ini tanpa mengetahui siapa pemiliknya,”

Kata George Clooney, beberapa tahun lalu, dua buah hotel di Los Angeles, The Bel-Air dan The Beverly Hills Hotel telah diboikot komuniti s0ngsang.

“Hotel mereka bagus. Orang-orang yang bekerja di sana baik dan tidak kena mengena dalam pemilikan hotel ini.

“Tetapi biar semuanya jelas, setiap kali kita menginap di sini, kita seperti memilih untuk meletakkan wang secara langsung ke poket individu yang memilih untuk melaksanakan hukuman rejam sampai mati di negaranya,”

Sebagai reaksi balas kepada Clooney, pengarah komunikasi Beverly Hills Hotel, Brittany Williams berkongsi kenyataan dengan USA TODAY bagi pihak Dorchester Collection.

“Dorchester Collection (menekankan) kesaksamaan, rasa hormat dan integriti dalam semua bidang operasi kami serta menghargai kepelbagaian budaya di kalangan tetamu dan pekerja kami.

“Inklusi dan kepelbagaian tetap menjadi kepercayaan kerana kita tidak bertolak ansur dengan apa-apa bentuk diskriminasi,”

Apapun, umat Islam dilihat ramai yang akan menyokong Sultan Brunei itu.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here