“Gedik level 999999%,” – Netizen

Hanya kerana buble tea seorang Instafamous dihencap teruk kerana merajuk selepas kakitangan sebuah kafe terkemuka di Melaka terlupa dengan pesanan yang dibuat olehnya.

Video yang tular yang dikongsikan oleh seorang netizen di Twitter, gadis tersebut mendakwa dia tiada mood kerana terpaksa menunggu setengah jam sebelum bubble teanya disiaokan.

Ini kata-kata yang tular itu:

“Dahlah lambat… setengah jam I tunggu. Macam mana nak ada mood tu balik. Tak nak makan dah… I tak de mood dah nak minum,”

Rakaman video tersebut mendapat lebih 14,000 ulang kicau dan 13,000 tanda suka dan tular di media sosial.

Ramai warga netizen meluahkan rasa meluat serta menyampah apabila melihat reaksi gadis tersebut yang dianggap mengada. Antara komen yang diberikan:

“Aku menyampah g*** sejenis perempuan gedik gini,”

“Gedik level 999999%,”

Gadis yang bernama Farisha Iris Asmadi turut memberi komen selepas dikecam oleh segelintir warga net:

“Saya OK je… tak ambil hati pun. Bila ada orang kata mereka nak tampar, lempang kang, eh gedik… makan jelah apa masalah kau, saya macam tak apalah.

“Saya tak ada hak nak halang mereka nak cakap apa. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Itu pendapat masing-masing,” 

“Saya tak faham kenapa benda tu menyakitkan orang dekat Twitter sebab saya tak menggangu mereka pun. Saya hanya meluahkan apa yang saya rasa.

“Kalau mereka berada di tempat saya mungkin ada yang maki pekerja tu tapi saya bukan jenis baran. Saya jenis manja. Itu karakter saya. Jadi macam tulah respons saya (merajuk),” 

“Saya tahu itu perkara kecil tapi saya harap pekerja terbabit sedar dengan kecuaian dilakukannya. Masa tu memang saya seorang je dalam kafe tu.

“Tak expect mereka boleh lupa. Perkara tu tak sepatutnya berlaku. Layanan mereka memang mengecewakan. Nak buat macam mana kan. Itu yang saya merajuk sikit tu,”

Menurut Instafamous yang juga merupakan penuntut UiTM Alor Gajah itu berkata dia tidak faham kenapa netizen mengecam tindakan dia meluahkan dan merajuk disebabkan perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here