Gara-gara Aksi Peluk Cium Adik Ipar Uqasha Dikecam Teruk

Sebut sahaja nama pelakon adik beradik Senrose sudah semestinya ramai mengenali mereka terutamanya Nelydia, Uqasha dan juga Rasya Senrose yang amat popular di dunia seni hiburan tanah air.

Adiknya iaitu Nelydia Senrose sudah pun berumah tangga dengan jejaka idamanya pada 6 April 2019 tahun ini. Semua juga sudah tahu akan hubungan adik beradik mereka sangat rapat.

Namun, baru-baru ini satu video telah tular di media sosial yang menunjukan Uqasha Senrose mencium dan memeluk adik iparnya, Hafeez yang merupakan suami kepada adiknya Nelydia.

Kelihatan jelas juga reaksi pelik dan seolah-olah tidak selesa tepancar di wajah Nelydia ketika kakaknya bertindak melakukan hal sedemikian.

Disebakan video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengecam tindakan Uqasha. Netizen juga mendakwa bahawa kelakuan tersebut tidak manis dan seperti tidak tahu batas pergaulan antara kakak dan adik ipar.

Ada juga yang mengelarkan Uqasha seperti tidak menghormati suami adiknya itu da nada juga yang berkata mereka ini terlalu mengikut budaya barat yang langsung tidak perduli dengan adat batas pergaulan sesama ipar.

Namun ada juga yang beranggapan bahawa Uqasa Senrose seolah-olah ingin merampas suami adiknya iaitu Nelydia Senrose.

Aduh macam-macam pula reaksi yang diberikan oleh para netizen terhadap tindakan yang dilakukan oleh Uqasha Senrose ni ye.

Tetapi adalah benar juga apa yang dikatakan oleh para netizen. Kita seharusnya menjaga adab dan batas pergaulan terutamanya dengan ipar duai kerana takut ia akan menimbulkan fitnah kepada kedua-dua pihak.

Diharap dengan apa yang terjadi ini akan membuatkan Uqasha lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang boleh menimbulkan pelbagai kecaman para netizen dan semoga hubungan mereka adik beradik akan tetap baik-baik sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here