Gaming Bukan Sekadar Games,Peruntukan RM20 JUTA Disediakan Kerajaan Untuk Esport Malaysia

Siapa kata bermain game tidak menguntungkan? Tanggapan anda semua salah ini kerana Kerajaan Malaysia telah pun memberikan peruntuntukan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan E-sport.

Liputan bajet 2020 kini sedang dibuat dan telah dibentangkan oleh Menteri Kewangaan Lim Guan Eng di Dewan Raykat pada hari ini.

Ia merupakan bajet buat kali kedua oleh Kerajaan Baharu Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Antara yang menarik dan sering ditunggu-tunggu ialah tentang intipati belanjawan 2020 ini adalah daripada bajet Kementerian Belia dan Sukan.

Satu pengumuman telah dibuat dan peruntukkan untuk e-sukan telah meningkat sebanyak RM20 juta daripada RM10 juta pada tahun lalu.

Ia merupakan peningkatan 100 % daripada belanjawan tahun 2019. Ini merupakan satu berita baik buat mereka yang terlibat dalam e-sukan.

Ini ucapan dari Lim Guan Eng tentang peruntukkan ini:

“Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf potensi tinggi e-sukan dan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2020”.

“Kerajaan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Malaysia dan semoga memenangi sebanyak mungkin pingat emas Sukan SEA di Manila pada bulan Disember 2019”.

Mak dan Ayah Tak Membebel Lagi Kalau Anak Main Game

Mak dan ayah tidak perlu membebel kerana anak-anak menghabiskan waktu dengan bermain game kerana ia boleh dijadikan satu cabang pendapatan lain.

Hobi gaming zaman sekarang boleh buat duit dan perkara ini juga adalah merupakan berita gembira bagi ibu bapa. Ini kerana, hobi anak-anak yang suka bermain game boleh menjana pendapatan sampingan!

Tag Rakan-rakan Gaming Anda

Dunia gaming sudah pasti menjadi masa depan buat generasi muda disamping ia dapat menjadikan pendapatan sampingan buat golongan anak muda.

Dengan adanya peruntukan sebegini, golongan anak muda juga tidak membazir waktu dengan melakukan benda yang tidak berfaedah.

Ayuh! anak muda semua tag rakan-rakan gaming anda dengan berita baik ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here