Gamer Maut Kerana Tertidur Dan Di Renjat Eletrik

Sudah acapkali kita dengar apabila bahaya menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas yang boleh membawa maut .

Terkini apabila seorang lelaki yang kerap bermain game telah ditemui maut
apabila dia terkena renjatan elektrik apabila tertidur semasa sedang bermain video game pada telefon bimbitnya yang sedang dicas.

Lelaki warga Thailand yang dikenali sebagai Sastra Mo-in berumur 25 tahun dikatakan sedang bermain video game sambil baring di katil di rumahnya di Chonburi Thailand pada Jumaat lepas.

Menurut makciknya iaitu Watchareeporn Mo-in, dia telah menemui Sastra dalam keadaan kaku semasa keesokan hari waktu pagi apabila anak sedaranya itu langsung tidak bergerak semasa dia masuk kebilik untuk mengemas.

Wanita itu juga menjelaskan dia terlihat mayat Sastra berwarna keungguan serta tangan kirinya terletak di sebelah soket elektrik dan ada kesan terbakar.

Wanita itu yang cemas dengan segera memadamkan suis utama eletrik serta menghubungi pihak polis.

Komen ibu saudara mangsa :-

“Anak saudara saya selalu menghabiskan masa di katilnya sambil menggunakan telefon bimbit dan bermain video games sambil dicas.

“Kerap juga ternampak dia tertidur setiap malam dengan telefonnya masih dicas,”

Semasa pihak polis sampai di tempat kejadian serta memeriksa keadaan mangsa dan mengesahkan lelaki itu sudah pun meninggal dunia.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital bagi tujuan dibedah siasat sebeleum diserahkan semula kepada ahli keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat tradisional.

Menurut pihak polis, kes itu diklasifiksikan sebagai kejadian itu sebagai mati mengejut serta tiada sebarang unsur serta tanda mangsa dibunuh dan sebaliknya lelaki itu maut akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca dari telefon bimbit yang sedang dicas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here