Umum mengetahui bahawa jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menghidapi penyakit barah hidung. Datukk Lee Chong Wei telah pun pulang ke tanah air setelah 6 minggu jalani rawatan kanser di negara Taiwan.
Lee Chong Wei telah meminta untuk berikan privasi kepadanya dan keluarga dan tidak mahu duganggu oleh pihak media setelah berada di Malaysia.
Dalam perkembangan terkini, bekas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah berkongsi foto terkini Datuk Lee Chong Wei. KJ memuatnaik naik foto Lee Chong Wei ketika melawat pemain badminton nombor satu negara itu baru-baru ini.
Menerusi perkongsian KJ, Lee Chong Wei telah turun berat badan sebanyak 5kg sejak jalani rawatan di Taiwan. Katanya, doktor memberitahu hasil rawatan adalah baik dan Lee Chong Wei kini perlu meningkat sistem imunisasi badannya.
KJ juga menambah bahawa Lee Chong Wei tak sabar untuk kembali beraksi di gelanggang. Ternyata KJ gembira melihat Lee Chong Wei amat bersemangat dan dalam spirit yang cukup baik.
Ini tulis KJ:
“Visited the champ today. He’s back from six weeks of cancer treatment in Taiwan. Lost 5kg, mostly muscle mass. Prognosis is good. Needs to strengthen his immune system. I asked if he’s going to keep playing. “Can’t wait to return to the court,” he replied. Glad to see @leechongweiofficial in good spirits and doing so well. Malaysia prays for your speedy and full recovery! #kickcancersbutt”
Semoga Lee Chong Wei kembali sihat sepenuhnya dan kembali semula ke gelanggang yang amat dicintainya itu.
Sumber: IG KJ