Gambar Terkini Celine Dion Yang Mengejutkan Ramai.. Apa Dah Jadi Sebenarnya??

Penyanyi antarabangsa Celine Dion memang mempunyai auranya yang tersendiri. Lagu-lagunya amat sedap didengar dan suaranya begitu lunak sekali.

Apabila menyanyi secara live, memang ramai akan meramang bulu roma mendengarnya, sungguh merdu sekali.

Tahun ini, Celine Dion telahpun menjengah usia 50 tahun. Menerusi gambar terbarunya ketika berada di Paris, raami yang terkejut dengan penampilan penyanyi ini.

Ini apabila Celine Dion kelihatan begitu kurus dan keding sehingga ada yang memberi anggapan wajahnya kelihatan seperti sudah amat tua.

Malahan, gamabr terkininya itu menyebabkan ada yang membuat spekulasi kononnya penyanyi ini sedang menderita sakit.

Menerusi satu temubual, akhirnya ada pihak yang bertanya hal ini kepada Celine Dion. Ternyata penyanyi ini tidak gemar ditanyakan tentang keadaan dan bentuk badannya itu.

Bagi Celine Dion dia berasa sihat dan kuat serta cantik dengan keadaan seperti itu.

Ini komennya:

“If I like it, I don’t want to talk about it. Don’t bother. Don’t take a picture.”

“I’m doing this for me. I want to feel strong, beautiful, feminine and sexy.”

“If you like it, I’ll be there. If you don’t, leave me alone.”

Oklah tu kalau tuan punya badan kata dirinya okey dan suka dengan badan kurus seperti itu. Tak ada masalah asalkan sihat tubuh badan.

Untuk yang tak kenal dengan Celine Dion, penyanyi ini merupakan pemenang Grammy Award dan popular menerusi lagu seperti All By Myself, The Power Of Love, I’m Alive, That’s The Way It Is dan lagu I Hate You Then I Love You.

Antaar paling popular ialah My Heart Will Go On iaitu lagu runut bunyi untuk filem paling popular di serata dunia, filem Titanic lakonan Leonardo Dicarpio dan Kate Winslate.

Ini gambar terkini Celine Dion yang menjadi viral.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here