Kisah rumah yang dibagi sewa kepada individu yang sama sekali tidak menjaga harta milik orang lain malah telah meninggalkan kesah yang amat dasat serta jijik terhadap pemilik rumah.
Kejadian seperti ini seakan-akan tidak berakhir apabila kita disajikan dengan pelbagai cerita penyewa rumah dari neraka. Mereka bukan sahaja tidak membayar sewa rumah, malah mengotorkan rumah tersebut.
Kejadian yang baru berlaku dilaporkan di Flat Bukit Geydong Bayan Baru, Pulau Pinang. Posting berkenaan gambar rumah sewa yang rosak teruk serta menjijikan itu telah tular di media sosial Facebook.
Menerusi posting di page YB itu menunjukan bertapa penuhnya sampah serta persekitaran yang amat meloyakan dalam rumah sewa terbabit.
Sebelum ni dok tengok gamba viral rumah kotor jahanam disebabkan penyewa. Rasa macam tak logik sebab takkan la boleh kotor sangat.
La ni dapat tengok sendiri ada manusia gila boleh buat rumah kawan kami teruk sampai macam ni. Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula!
Proses nak dptkan balik kunci dr penyewa pn bkn senang. Kene report polis untuk keselamatan dan upah peguam segala baru bg kunci. Klu tak buat keras mcm tu rumah dia. Dah la sewa tak bayar.
Dah dpt kunci bukak2 pintu lagu ni. Haru betui. Satu rumah penuh sampah.
Malas nak cerita panjang hampa tengok la kami2 kemas bagai nak gila. Kos sewa lori punggah sampah pn dah beribu belum nak baiki dalam2 lagi.
Ikhlas,
CLEANER KIRIMAN TUHAN
Menurut individu ini lagi, rumah ini merupakan rumah kepada kawannya dan dia tidak sama sekali menyangka keadaanya rumah kawanya akan menjadi seteruk ini.
Ya Allah mengucap panjang bila tengok gambar-gambar yang di paparkan. Tidak kurang merasa amat loya dengan keadaan rumah tersebut. Sampai hati penyewa rumah melakukan hal seperti ini.
Dimana letaknya iman didada kerana dalam islam sendiri kita di tuntut untuk menjaga kebersihan. Kebersihan itu adalah separuh daripada iman.