Galak Berpesta Lepas SPM, Akhirnya Ditahan Polis

Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berakhir pada Khamis lalu sudah pasti gembira pada hari terakhir peperiksaan sekolah menengah.

Namun rata-rata ramai yang tamat menduduki ujian pada Rabu lepas dan dilaporkan terdapat segelintir pelajar telah melakukan aksi ‘berpesta’ di tengah jalan raya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku dekat Pantai Klebang, Melaka pada tengah hari Rabu lepas dengan dibanjiri dengan pelajar yang membuat onar di kawasan tersebut.

Beberapa keping foto yang tular di media sosial, menunjukan mereka menunggang motosikal serta berhimpun di sepanjang jalan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Apa yang menarik perhatian warga net apabila sebuah kereta BMW merah yang menunjukan sekumpulan pelajar berdiri di atas kenderaan berkenaan dengan bangganya.

Kejadian tersebut telah membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan mereka mahu meraikan tamatnya peperiksaan itu sebagai tidak bertamadun dan tiada adab serta mengangu orang lain.

Antara komen yang diberikan oleh warga net:

“Gembira bukan main lagi, macam sudah dapat keputusan peperiksaan dan lulus semua,”

“Kebebasan yang melampaui batas akan membawa keburukan. Tak salah yang bergembira tapi biarlah bertempat. Negara Islam dan orang Melayu beradat dalam kehidupan. Semoga anda semua berada dalam rahmat Tuhan,”

Asyik dengan keseronokan berpesta dan mebuat kacau di kawasan tersebut telah menyebabkan mereka ditahan oleh sepasukan anggota polis trafik.

Akibat daripada perbuatan segelintir pelajar tersebut, seramai 13 remaja berusia antara 16 hingga 17 tahun ditahan bagi siasatan sebelum dibebaskan sebaik keterangan mereka diambil oleh pihak polis.

Mereka ditahan atas kesalahan tiada no pendaftaran, lessen mamandu serta tidak memaikai helmet. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Batang Tiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here