Gadis Ini Usaha ‘Pikat’ Jejaka Ini Di Twitter, Akhirnya Berkahwin

Dulu ada ungkapan Perigi Mencari Timba, yang membawa maksud bahawa wanita yang memikat lelaki. Tetapi sebenarnya ia nya langsung tidak menjadi masalah.

Biasalah, wanita juga ada perasaan, dan jika suka kepada seseorang apa salahnya jika ingin berkenalan. Tetapi akan ada lah mulut jahat yang berkata dengan melabel wanita itu sebagai miang dan juga gatal. Jangan risau, usah fikir apa orang lain kata, janji kita happy.

Ini satu kisah tentang seorang gadis yang memulakan usaha untuk mengenali seorang lelaki. Akhirnya usaha nya berjaya dan mereka kini bergelar suami isteri.

Dikatakan, gadis ini telah mula menulis mesej kepada lelaki berkenaan melalui laman media sosial Twitter. Pada awalnya, si lelaki tidak melayan sangat mesej gadis berkenaan.

Setelah berkawan lama, akhirnya lelaki berkenaan mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Dan kini mereka berdua bergelar suami isteri yang sah.

Ini fotonya:

jadi ada baiknya juga perigi mencari timba ni, bukan semuanya tak elok pun. Pendek kata, usaha tangga kejayaan dan jodoh itu ketentuannya.

Semoga berbahagia selalu buat pasangan pengantin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here