Gadis Ini Sering Kena Hina Di “Group WhatsApp Kerja” Sebab Badan Besar.. Ini Dah MELAMPAU!!

Perbuatan menghina atau membuat lawak kelakar tentang fizikal atau saiz tubuh badan seseorang atau (body shaming) memanglah amat tak baik.

Body shaming boleh dikategorikan dalam kes buli kerana perbuatan ini menjatuhkan reputasi pihak yang kena bahan / kutuk.

Dalam satu kes, seorang gadis telah memuat naik satu post di Facebook yang menunjukkan dirinya dibuli oleh pengurus dan rakan sekerja. Dalam post tersebut terpampang gambar serta gurau kasar terhadap dirinya melalui group Whatsapp tempat kerja disyaki sebuah kedai makanan segera.

Gadis bernama Myera Nyera telah meluahkan rasa hati di laman media sosial. Ini komennya:

“I did not respect people who humiliate me like this. No respect for you. This is mentally and physically bullying!”

Ini lawak yang melampau itu:

Melihat lawak amatlah melampau itu, para netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan pengurus dan rakan kerja gadis terbabit.

Ini antara respon mereka.

Shahfinas Hanis: “Buat malu company.. langsung tak jaga hati staff

Ili Khalilah Zuhairi: “Hmmmm… kenapa sampai macam nie teruk akak kena

Ekinn Eidayu Saad: “I feel u sis. Biase laa org gemok ni mana ade dpt perhatian. Mcm syee gemok. Duduk diam pun kene hina. Beratur beli tiket wyg pun org belakang kutuk2. Jdi x semngt nk tgk wyg. Nk mrh pun pendam je. Tu kisah sye laa. Tpi kisah awk better pegi report jee mne yg ptut supaya si pembuli ni cpt2 sedar diri sikit. Ade pangkat tak semstinye kene hina org. Xsemstinye kene rendah2kn org. Cuba kene dkt dia. Mari smua rmai2 doa kn si pembuli ni dpt istri gemok2 biar dia tahu rsee. Terkene balik dkt dia bile si istri dia nnti kene ejek

Batrisyia Rayqal: “Body shaming is a big No.. Sabar ye dik

Abiey: “Sooo rude!! Sy x leh terima org yg mcm ni…kenapa x leh hormat menghormati sesama manusia… dia perempuan bkn haiwan…useless man!! da le amik pic siap gn video bagai…melampau

Aziah Othman: “Senang jew nk ajar.. saman malu.. biar dye rasa langit tu tinggi kew rendah.. eeee.. geram lak aku dik..

Sayyitina Fatihah: “Apa lah dosa org gemok kat dunia ni? Nak diejek, nak dihina. Wehhhhhh, perlu ke nak hina ciptaan tuhan ni? Even dia makan banyak sbb tu dia gemok. Biarlah lantak dia. Yang kauuuuuu nak kutuk, nak hina pasal apa??? Cuba benda ni terjadi kat family kau. Sakit weh. Aku selalu kena. But aku sampai fedap. Org nak ckp apa silakan. Kadang aku tkfaham lah kenapa gemok ni dia jadi MASALAH utk manusia yg tkde otak mcm kau ni. Dia gemok sbb dia bahagia, dia boleh makan apa dia nak makan, dia seronok! Tkmcm kau. Keding, makan pon catu. Sikit lagi jadi rangka. Apalaaaahhhhh. For meyra, keep strong. Pergi mampos dgn manusia mcmni. Kita ada Allah. Arini dia buat kita. Esok² dia kena lagi teruk apa kita kena arini. Keep strong babe. I feel you.

Norliza Ahmad: “Jantan mana yg kurang ajar sangat ni. Apaa ingat kitaa gemok2 ni Binatang keeee xda hati

Semoga gadis berkenaan terus tabah dan diharap pihak majikan dapat ambil tindakan yang berat kepada yang bersalah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here