FUH! Siti Nurhaliza Tewaskan Avril Lavigne

Dua penyanyi bertaraf legenda iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan juga Avril Lavigne telah melancarkan lagu baru masing-masing. Di Malaysia, single baru Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana, yang dilancarkan di iTunes, tengah malam tadi, berjaya mengetepikan lagu Head Above Water nyanyian Avril Lavigne hanya dalam tempoh sejam untuk menguasai carta nombor satu jualan tertinggi di negara ini menerusi platform digital itu.

Lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ternyata mencetuskan fenomena tersendiri dan terus menjadi viral di laman medis sosial.

Siti Nurhaliza ternyaat bersyukur di atas kejayaan lagu Anta Permana berkenaan dan gembira kerana ia nya diterima ramai di Malaysia.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang melanggan lagu ini sejak tengah malam tadi, sekali gus menjadikan tanda pagar Anta Permana ‘trending’ di laman sosial. Kebiasaannya, carta jualan lagu dalam keempat-empat medium, termasuk Spotify, KKBox dan Joox, sentiasa turun naik, malah karya baharu yang dilancarkan juga kerap mendapat langganan tinggi.

“Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril, tetapi saya yakin muzik itu bersifat sejagat dan akan bergerak sendiri tanpa kekangan bahasa, penyanyi atau dari negara mana asalnya. Hanya satu harapan saya, Anta Permana yang indah alunan irama dan dilengkapkan lagi dengan bait puitis ini dapat melangkaui khalayak pendengar yang lebih meluas”

Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti. Ia berkisar pada cinta sejati yang tiada bandingannya.

Lagu ini direalisasikan selepas Hael Husaini menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada penyanyi nombor satu negara itu, awal tahun ini. Siti Nurhaliza kemudian tertarik dengan satu demo yang dihantar oleh komposer terbabit kepadanya pada Mei lalu.

Sementara itu, Siti turut menjalani penggambaran video muzik lagu baharunya itu yang diarahkan oleh Rifaiee Omar daripada Rio Films Production. Muzik video rasmi lagu Anta Permana dijangka dapat ditonton di laman YouTube bermula minggu depan.

Sumber: BeritaHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here