Foto Viral.. Sekitar Upacara Pertabalan “Sultan Melaka” Yang Baru

Sedang menjadi viral di laman media sosial, beberapa keping foto gambar pertabalan Sultan Melaka yang baru. Gambar menunjukkan individu bernama Tengku Muhamad Jalil Md Nor telah mengaku keturunan Kesultanan Melaka membawa gelaran Sultan Mansor III.

Menerusi Facebook peribadi Sultan Mansor III, pemahsyuran dan majlis pertabalan sebagai Sultan Melaka telah dilaksanakan pada 21 Oktober lalu di Kuala Linggi Melaka.

Selain itu, Tengku Muhamad juga memuatnaik gambar Balai Rong Seri serta alat-alat kebesaran seperti keris, pedang dengan warna kuning diraja. Katanya mendakwa telah lama mendiamkan diri kini mereka kembali bersuara sebagai pemerintahan Melaka.

Ini beberapa foto yang viral:

Kalau dulu, ada individu bernama Raja Nor Jan Shah Raja Tuah telah mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’

Ketika itu heboh apabila Raja Nor Jan mendakwa dirinya Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni al-Marhum Raja Tuah dan mengaku keturunan terakhir Sultan Mahmud Shah, namun begitu ianya telah disangkal oleh kerajaan negeri itu.

Raja Nor Jan juga pernah didakwa di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh pada awal tahun ini, tetapi dia bebas daripada semua empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, 5 tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap ahli perniagaan berasal dari Taman Seri Gombak, Selangor itu.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Noor Jan didakwa menipu empat individu dengan cara samaran supaya meereka mempercayai tertuduh adalah Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.

Kali ini kita tunggu apa pula reaksi dari pihak kerajaan negeri Melaka tentang hal ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here