Foto Suspek Pukul Pekerja Stesen Minyak Jadi Viral… Ada Benda Lain Yang Netizen Nampak

Seorang lelaki yang merupakan suspek kes pukul dan membaling objek kepada seorang pekerja stesen minyak Petronas di sini pada 6 Oktober lalu, direman tiga hari bermula hari ini.

SUSPEK DIBAWA KE MAHKAMAH

Suspek yang berusia 25 tahun dilihat memakai kemeja putih dan seluar lokap berwarna ungu dibawa menaiki trak polis ke Mahkamah Majistret di sini jam 8.40 pagi.

Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan kemudiannya membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Suspek merupakan seorang peniaga berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ditahan sekitar jam 4.25 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bersama peguamnya.

Ini gambar suspek:

NETIZEN PERASAN ADA ‘BENDA’ LAIN

Namun yang menjadi viral di sebuah laman page FB ialah foto lelaki berkenaan yang telah di zoom dan kelihatan ada seperti tompokan panas di leher suspek. Netizen yang panas hati terus mengecam suspek kerana tidak menjaga kebersihan diri. Malah ada yang memerli suspek.

Memang tajam sungguh mata para netizen di luar sana.

Ini antara gambarnya:

SEORANG LAGI ADA REKOD JENAYAH

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman dalam kenyataannya hari ini memberitahu, seorang lagi suspek berusia 40 tahun juga sudah ditahan kelmarin dan direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun yang direman itu turut mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

IMBAS KEMBALI KES

Satu video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian pukul telah menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek.

Menurut laporan polis dibuat, mangsa mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.

Kemudian, lelaki berkenaan tak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan sebelum kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here