Pada hari ini, banyak media membuat laporan bahawa pelakon jelita Natasha Hudson kini telah berkahwin sekali lagi. Ini merupakan perkahwinan kali ke-4 buat Natasha Hudson.
Pelakon ini disahkan selamat bergelar isteri kepada usahawan dari Kelantan bernama Noor Nashriq Sekarnor selepas diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam tadi dengan hanya sekali lafaz.
Satu majlis yang diadakan secara sederhana telah berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dan ianya telah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan karib kedua pasangan pengantin baru itu.
Di media sosial Instagram, adik kepada pelakon wanita itu iaitu Tania Hudson telah memuatnaik gambar mengucapkan tahniah buat kakaknya yang kembali bergelar isteri.
Ini merupakan perkahwinan keempat buat Natasha Hudson dan beliau mengesahkan sudah berpisah dengan suami terakhirnya Carleed Khaza atau Khalid Kamal sekitar September 2018 lalu.
Ini beberapa foto perkahwinan antara Natasha Hudosn dan juga Nash. Jom layan:
Pada Oktober yang lalu, Natashamembuat pengakuan bahawa dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.
Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.
Selepas bercerai dengan Faiz, Natasha kemudiannya bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun rumah tangga itu hanya bertahan selama dua tahun. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.
Tahniah buat pasangan Natasha Hudson dan Noor Nashriq!