(FOTO) Sekitar kemeriahan majlis perkahwinan Bella Dally dan Arif Izudin

Selebriti popular Bella Dally, 27 tahun telah selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan bernama Arif Izudin, 34 tahun.

Pasangan ini telah diijabkabulkan sekitar pukul 9.30 pagi pada 31 March 2019 .

Hanya dengan sekali lafaz, kedua merpati sejoli ini selamat disatukan dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Putrajaya.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan adalah ahli keluarga kedua belah pihak dan rakan kenalan termasuk beberapa artis.

Antara kelibat artis yang keliatan adalah seperti Mira Filzah, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Elfira Loy dan ramai lagi.

Majlis yang penuh dengan berakah itu menyaksikan Arif menyerahkan mas kahwin sejumlah RM1,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Ini foto sekitar majlis pernikahan Bella Dally dan juga Arif Izudin:

Tahniah diucapkan buat Bella Dally dan juga pasangannya.

Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini telah mengikat tali pertunangan mereka selepas lima bulan berkenalan pada Ogos tahun lepas.

Diimbas kembali, ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella Dally.

Sebelum ini Bella Dally pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun jodoh mereka tak panjang dan membuat keputusan untuk bercerai pada 2 Mei 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here