FOTO: Muka Gadis Ini Sebijik Macam Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi merupakan penyanyi yang sedang viral dengan lagu sedih mendayu-dayu iaitu lagu “Di Matamu”. Lagu ini kembali meletup setelah persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu menjadi bualan ramai.

Apabila namanya menjadi buah mulut, ada seorang gadis secara tiba-tiba jadi tumpuan dek kerana memiliki wajah yang hampir sama dengan penyanyi berkenaan.

Malah ada juga ramai yang bertanya, adakah dia memang adik beradik Sufian Suhaimi.

Gadis ini bernama Khairunnisa Farzana Mohd Asri, yang terus viral di media sosial kerana wajahnya yang dikatakan seiras dengan Sufian Suhaimi.

Kata remaja yang mahu disapa dengan panggilan Farzana itu, dia tidak sangka gambar yang dimuat naik oleh rakannya di Twitter menjadi vrial selain menerima pelbagai reaksi netizen.

Ini komen Farzana:

“Ramai bertanya sama ada penyanyi Sufian Suhaimi tu abang saya dan seperti biasa saya akan jelaskan sebenarnya antara kami tiada sebarang pertalian darah.”

“Bila saya buat live, tanya soalan dalam IG (Instagram) masa tu ramai tanya sama ada saya adik kepada Sufian Suhaimi.

“Saya kata bukan. Kami tak ada apa-apa kaitan dan saya jelaskan perkara sebenar. Saya sudah lali dengan pertanyaan ini,”

Farzana kini berumur 19 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada awalnya, dia memang terkejut apabila ada netizen yang kreatif menyunting gambar Sufian memakai tudung untuk kelihatan sepertinya.

Ini jelasnya lagi:

“Saya terkejut juga sebab tak sangka sampai jadi macam ni. Mula-mula tweet ni hanya bergurau kawan-kawan sahaja tapi tak sangka ia viral.

“Tapi saya tak ambil hati pun orang edit gambar… saya anggap niat mereka (netizen) nak bergurau. Saya pun terhibur,”

“Saya hanya anggap itu sekadar gurauan.

“Mungkin mereka tengok cermin mata kami sama, tapi itu semua kebetulan saja. Dan mungkin mereka tengok ada bahagian tertentu yang sama, saya sendiri pun tak pasti,”

Dalam pada itu, Farzana berkata dia memang mengikuti perkembangan Sufian Suhaimi sebagai penyanyi.

“Saya follow (IG) dan tahu semua (berita) mengenainya. Saya minat jugalah lagu dia,”

Farzana kini juga agak segan apabila sering dikaitkan dengan muka nya yang seiras dengan Sufian Suhaimi.

“Memang segan sebab orang asyik pandang-pandang. Cikgu mana yang tahu tu memang ada mengusik. Kadang-kadang saya rasa tak selesa tapi benda dah viral kan, saya terpaksa laluinya,”

Ini fotonya:

Sumber: IG farzana / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here