(FOTO) Majlis Persandingan Izreen Azminda Dan Ude Wahid

Pasangan suami isteri Ude Wahid dan Izreen Azminda telah mengadakan satu majlis persandingan hari ini. Majlis diadakan di Villa D’ Acqua yang terletak di Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan ini berkongsi gambar persandingan berkenaan di laman Ig milik mereka. Izreen Azminda cantik memakai busana sedondon dengan suami Ude Wahid.

Jom lihat beberapa foto majlis tersebut.

Izreen Azminda dan Ude Wahid bernikah pada bulan Ogos tahun lalu secara rahsia tanpa pengetahuan isteriya ketika itu iaitu Intan Liana. Ude Wahid yang merupakan pemuzik akhirnya telah melafazkan cerai terhadap Intan Liana pada tahun ini.

Kes mereka menjadi perhatian dan mencetuskan kontroversi di industri hiburan tanah air. Sehingga kini, Izreen Azminda masih belum membuka ruangan komen di laman IG miliknya.

Apapun tahniah diucapkan buat pasangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here