Isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam, dilihat agak marah dan terus menepis dakwaan dia menfitnah pelakon itu.
Akhirnya Nelissa telah berkongsi gambar perbualan mereka berdua di whatsapp.
Gambar berkenaan dimuat naik di Insta Story di Instagramnya, semalam.
Nelissa mendakwa, Ammar Alfian telah spin cerita, dan putar belit kenyataannya sehingga dia kelihatan seperti mengada-adakan cerita tentang kecurangan suami nya itu.
“Jangan sesekali memutar belit permohonan maaf saya sehingga saya kelihatan seperti penipu. Saya memohon maaf kerana tidak bersikap rasional dan berbuat demikian kerana mengutamakan anak dalam kandungan, selain kasihankan kamu.
“Apa yang saya katakan bukan fitnah. Jangan sekali-kali membuatkan saya kelihatan seperti penipu hanya kerana kamu tidak boleh berterus terang. Saya tidak memerlukan kamu untuk memaafkan saya, sebaliknya kamu perlu bimbang bagaimana cara untuk memaafkan diri.
“Inilah penakut yang bimbang penipuannya memerangkap diri sendiri. Tolong berhenti bersikap seperti kamu mangsa keadaan,”
Dalam perbualan yang dikongsi wanita itu, Ammar dikatakan memohon maaf kerana tidak berterus terang sejak awal lagi.
Selain mengaku kesalahannya, Ammar juga dikatakan memberikan alasan merahsiakan hubungan sulitnya kerana enggan memanjangkan kemelut rumah tangga mereka.
Kisah mereka bermula apabila Nelissa membuat pendedahan, suaminya berlaku curang ketika dia hamil enam bulan.
Ammar kemudian memberikan kenyataan kepada media mnegatakan tuduhan terhadapnya adalah fitnah dan Nelissa sudah memohon maaf.
Untuk pengetahuan, Ammar Alfian dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.