Foto Baby Bump Juliana Evans, Kini Hamil 5 Bulan.. TAHNIAH!!

Satu pengumuman khas telah dibuat oleh pelakon jelita Che Puan Juliana Evans. Rupanya, kini pelakon ini telahpun hamil 5 bulan.

Pengumuman berkenaan dibuat menerusi entri yang dimuat naik Juliana dalam Instagram miliknya pada hari ini.

Isteri kepada Tengku Sharifuddin Shah ini turut berkongsi gambar dirinya sambil memegang perutnya yang sudah nampak baby bump.

Ini tulisnya:

“So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood! Hubby and I are so excited to be parents and we’ve been eager to share it with all of you! Thanks for all the wishes”

“Hello bump #5months”

Ini fotonya:

Memang comel sekali baby bump yang ditunjukkan pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans yang kini sudah mengandung lima bulan ini.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 29 tahun, telahpun berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 31 tahun, pada April 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

Sebelum ini, Juliana Evans amat aktif sebagai model dan pelakon iklan seperti Silkygirl, Clean & Clear dan coklat Cadburry.

Juliana Evans semakin popular dan pernah membintangi beberapa buah filem Kami The Movie, Hantu Bonceng, Mael Lambung dan juga filem Pulang.

Sempena berita gembira ini, tahniah diucapkan buat Juliana Evans dan suami nya! Semoga segala urusan dipermudahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here