Fizomawar Kitchen (FMK) Di Tamatkan Operasi

Satu video yang dimuat naik di laman sosial oleh pelakon Fizo Omar telah memberitahu bahawa restoran Fizomawar Kitchen (FMK) yang merupakan milik bersama Mawar Karim yang juga merupakan bekas isterinya itu bakal ditamatkan operasi pada 27 Oktober bulan ini.

Jelas Fizo Omar lagi, dia dan juga Mawar telah sepakat dalam perbincangan berkenaan dengan menamatkan operasi restoren tersebut adalah jalan yang terbaik setelah mereka bercerai.

Komen Fizo Omar lagi :

“Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini… setelah berfikir dan berbincang bersama Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi Fizomawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan”.

“Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami.

“Setelah empat tahun, lebih 300,000 pelanggan yang datang ke restoran kami dan FMK berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja. Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini,”

“Selepas ini saya akan fokus dengan event management, sosial media dan Mawar pula dengan perniagaan tudung. Doakan kami dimurahkan rezeki”.

“Insya-Allah saya bercadang untuk buat majlis dengan peminat dan pelanggan kita sebelum FMK tamatkan operasi, mungkin nanti akan ada promosi, tunggu update daripada saya nanti,”

Sebagai rekod, pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim telah bercerai talak satu pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pelakon ini juga turut memberitahu bahawa dia mahu fokus sepenuh perhatian kepada pengurusan acara dan media sosial.

Sementara bekas isterinya, Mawar akan kembali meneruskan perniagaan tudung Fareeda yang telah dilakukannya sebelum lagi mereka menjadi pasangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here