Rancangan realiti iaitu Gegar Vaganza musim ke enam telah pun bermula semalam. Salah satu peserta yang terlibat ialah Naqiu Boboy.
Imej yang ditonjolkan oleh Naqui Boboy itu telah mendapat perhatian warga netizen yang telah mengatakan bahawa fesyen yang dibawa oleh beliau seperti pelakon Iqram Dinzly.
Apabila ditanya sendiri pada tuan badan dia menjelaskan bahawa sedikit pun ftidak terkesan dengan komen yang diberikan oleh netizen terhadapnya.
Jelas Naqiu, dia beranggapan kecaman itu sebagai pemangkin untuk dia kembali semula aktif dalam industri seni hiburan.
Komen Naqui Boboy lagi :
“Saya tak pernah terkesan dengan komen orang sebab benda sebegitu adalah lumrah”.
“Sejujurnya saya banyak juga dapat komen yang mengatakan imej saya sekarang seperti Kpop… ianya bukan sebab trend tapi saya memang suka style ini cuma sebelum ni saya tak tahu macam mana nak buat”.
“Tapi sekarang saya dah ada stylist, saya hanya perlu minta kalau saya nak buat style yang saya suka,”
“Kita lihat minggu depan, penampilan saya akan sangat berbeza kerana saya masih mencari imej yang sesuai”.
“Saya meletakkan kepercayaan pada stylist berkenaan dan saya rasa kritikan ini bagus untuk saya ubah kepada sesuatu yang lebih baik”
Menurut Naqui Boboy lagi, dia masih tercari-cari identiti dan imej yang bersesuaian dengan dirinya kerana dia sudah tidak muncul selama 12 tahun dalam industri hiburan.
Tujuan dia menonjolkan imej dan fesyen yang berbeza daripada asal kerana dia tidak mahu netizen mengaitkan dia dengan imej biasa ketika masih bersama kumpulan Boboy.
Jelasnya lagi, dia akan menonjolkan setiap imej yanh berbeza pada setiap minggu kemunculannya di konsert Gegar Veganza musim ke-6.