Satu laporan dari sebuah portal hiburan baru-baru ini telah menyatakan yang Elfira Loy akan buat lima resepsi perkahwinan dan ini sekaligus meletakkan perkahwinan selebriti itu sebagai Wedding of the Year.
Namun, nama pasangan Fazura dan suami Fattah Amin (atau lebih dikenali dengan nama Fattzura) telah dipetik sama.
Pasangan FattZura telah dijadikan perbandingan dalam artikel tersebut sekaligus membuatkan Fazura tidak agak berang dan berpuas hati dengan cara tajuk laporan itu ditulis.
Ini komen Fazura:
“Saya benar-benar bingung dengan tajuk yang sebenarnya tidak perlu. Kenapa kita mesti terus mempromosikan segala-galanya sebagai satu persaingan? Saya dan Fattah Amin tidak pernah menganggap kami sebagai nombor satu atau lebih dari orang lain,”
“Artikel sebegini bukan sahaja negatif, tetapi menjadi punca kenapa kita membenci sesama kita daripada menjadi gembira dengan kebahagiaan orang lain,”
Ini foto yang dikongsi oleh Fazura:
Fazura turut sempat mengucapkan tahniah buat Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar atas perkahwinan mereka dan tidak sabar untuk hadir ke resepsi mereka kelak.