Hanya kerana sekeping gambar yang memaparkan bahawa pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya yang juga merupakan pelakon iaitu Fatin Afeefa di satu majlis dikatakan mereka telah kembali bersama semula.
Namun, menurut bekas suaminya iaitu Adam Shahz berkata ia hanyalah berbaik sahaja dengan bekas isterinya itu dan bukan mencari publisiti murahan seperti yang didakwa.
Jelas pelakon ini lagi, hubungan mereka baik kerana dia dan Fatin memikirkan demi masa depan anak mereka berdua.
Komen Adam Shaz lagi :-
“Memang betul, pada awalnya ada perbalahan antara kami dan setiap yang berlaku itu pasti ada sebab”.
“Sesetengah orang mungkin anggap berbaik dengan bekas isteri seolah-olah nak mencari publisiti”.
“Tapi sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak… lagipun anak selalu tanya kenapa tak keluar dengan mummy dan dia mungkin tanya kepada Fatin kenapa tak keluar dengan daddy”
“Tapi kami sekarang okay sahaja. Tiada masalah. Malah, kami boleh main game bersama dekat event.”
“Pernah beberapa hari lalu netizen timbulkan isu dan buat hubungan saya dengan Fatin jadi tegang”.
“Apa-apa saya update di Twitter kadang-kadang bukan dituju untuk sesiapa pun. Kenyataan itu random saja,”
“Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua orang. Setakat ini tiada apa-apa planning tapi kalau ada yang mendoakan, siapa tahu ia menjadi,”
Sebagai rekod, Adam Shahz dan Fatin Afeefa telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 tapi pasangan ini telah mengambil tindakan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkongsian hidup bersama yang dibina atas dasar cinta selama empat tahun itu, mereka mempunyai seorang anak mata perempuan yang comel diberi nama Ivy Herra Sophia yang kini berumur empat tahun.