Fathia Latiff gaduh besar dengan seorang wanita

Dek kerana menegur bulu kening seorang wanita, Fathia Latiff kini jadi bualan sekali lagi di media sosial.

Seorang wanita menggunakan nama Syilala di laman Twitter naik angin apabila pelakon itu yang pada mulanya bertanya tentang arah sebuah kedai tiba-tiba menegur tentang bulu kening serta menjatuhkan air mukanya.

Ini pendedahan dari wanita itu:

“Dia datang dengan kawan dia untuk tanya mana Lovisa (Mid Valley) saya berada di The Garden. Lepas tu, dia tak dengar pun apa yang saya cakap, tiba-tiba dia kata ehh you better betulkan kening you… Serabut.

“Belum sempat saya habis bagi direction dia potong! Macam geli sangat tengok kening saya. Do you need to question it? Tak proper langsung kamu ni.

“Dan saya pun pelik apa masalah perempuan ni? Kening saya pun jadi masalah kah? Kening saya serabut sampai kamu tak jumpa kedai dekat mana? Dah la tanya jalan. Kalau bayar tak mengapa juga,”

Perkara itu didedahkan oleh Syilala menerusi Twitter dan mendapat perhatian para netizen.

Sementara itu, gadis tersebut menjelaskan dia tidak kisah sekiranya seseorang mahu menegur soal keningnya namun menyifatkan cara pelakon sensasi itu sebagai biadab.

“Sejujurnya saya tak kisah dia nak tegur pasal kening. Tapi apa perasaan anda bila dia datang tanya jalan, dan saya dengan baik hati nak bagi tahu.

“Kemudian tu dia marah kawan saya kenapa tak tegur kening saya bersepah. Eh eh. Rasa nak lempang mulut dia.

“Lepastu dia cakap oh yaaa bt the way thanks. Cantik pakai tudung… gelak-gelak sambil jalan macam orang gila! Sumpah saya nak kejar nak lempang dia. Dapat baling kasut pun puas ni,”

RESPON FATHIA LATIFF

Sementara itu, apabila isu ini jadi viral, Fathia menyelar tindakan Syilala memviralkan mengenai insiden itu.

Pelakon ini menganggap wanita berkenaan sengaja inginkan publisiti.

Ini komen balas Fathia:

“Kelakar sangat bila kamu nak meroyan satu kampung, beritahu satu dunia bila artis tegur kening kamu senget.

“Tahu pula nak mengamuk… masa kamu mengata artis sesedap mulut kamu macam tiada insurans tak apa pula?

“Sekarang rasa pula bagaimana perasaan itu. Ni baru sedikit,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here