Bagi peminat pelakon berbakat Faizal Hussein yang sememangnya power sudah tidak dapat dinafikan lagi. Namun ada perkara yang kurang enak telah berlaku baru-baru ini.
Pelakon ini yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK2019,mendakwa bahawa namanya acapkali ditarik daripada drama serta filem disebabkan bayaran yang dikatakan terlalu demand.
Faizal Hussien turut menyatakan bahawa disebabkan itu juga dia amat jarang dilihat di membintangi drama di kaca TV. Turut mendakwa bahawa ada antara filem hebat pasti mencarinya terlebih dahulu, tetapi mereka akan bertukar fikiran apabilamendengar harga yang dikatakan terlalu tinggi.
Ini adalah dari Faizal Hussien lagi bekenaan bayaran terhadap dirinya :
“Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain. Baru-baru ini pun nama saya sekali lagi digugurkan daripada membintangi sebuah filem besar”.
“Semuanya sebab harga yang saya minta. Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini, kalau saya minta lebih, confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini,”
“Harga yang saya minta tu tidaklah tinggi saya, modal pakaian saya untuk malam ini sahaja dah RM7,000. Belum masuk kos-kos lain yang saya terpaksa tanggung, bayangkan betapa sedihnya perasaan saya”.
“Kadang-kadang mereka ini tak tahu bagaimana cara saya bekerja dengan komitmendan begitu banyak usaha yang sala lakukan. Mereka tak hargai”.
“Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Klye sedangkan saya dah berlakon lagi lama daripada dia?”
Menurut pelakon ini lagi harga yang diminta juga tidak terlalu tinggi serta berpatuttan dengan komitmen dan watak terlibat. Faizal turut mempertikaikan penerbit yang lebih gemar memilih untuk menggunakan khidmat pelakon Syafiq Kyle walaupun harga bayaran adalah sama seperti diminta olehnya.