Ezad Lazim Dikejarkan Ke Hospital… Ini Penjelasan Dari Isterinya

Penyanyi Ezad Lazim telah dikejarkan ke hospital semalam. Isterinya, Zeana Ramli yang cemas melihat suami dalam kesakitan, meminta bantuan teman rapat membawa Ezad ke hospital, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Lebih merisaukan, Ezad Lazim turut mengalami ‘serangan panik’ berikutan keadaan kesihatannya.

Melalui kenyataan yang dibuat oleh isterinya itu, dia meminta orang ramai terutama para peminat untuk mendoakan kesihatan suaminya yang sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat sakit usus dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Ini komen Zeana Ramli kepada portal BH:

“Memang setiap masa saya menemani Ezad bagi menjaga pemakanannya. Namun, hendak dijadikan cerita, saya sibuk menjaga anak sulung, Puteri Rania Keisha yang dijangkiti Influenza B.

“Keadaan suami bertambah teruk apabila cirit birit dan muntah akibat salah makan.

“Dengan badannya yang lemah, ditambah pula dengan sakit usus, Ezad akhirnya bersetuju kami membawanya ke hospital.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap peminat dapat mendoakan agar suami pulih secepat mungkin”

Sementara itu, terkesan dengan keadaan suaminya yang terlantar di katil akibat penyakitya itu, Zeana berkata dia akan mengawal pemakanan Ezad Lazim pada masa depan supaya kesihatannya lebih terjamin.

“Sebagai penyanyi, antara faktor penting mengapa sakit usus perlu dikawal adalah kelebihan suara daripada perut. Jadi saya tidak mahu memandang remeh soal kesihatan ini”

Itulah yang berlaku kepada Ezad Lazim, semoga penyayi ini kembali sembuh.

Ezad Lazim telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya bernama Nor Azeana Ramli pada tahun 2013. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Puteri Rania Keisha dan Putra Mohammad Darwish.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here