Baru empat hari bergelar suami isteri, kini pelakon Eyra Hazali terpaksa berpisah seketika dengan suaminya iaitu penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli.
Dia terpaksa melaporkan diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya pada Selasa ini. Namun jelas Eyra selaku isteri kepada Haziq meberitahu bahawa dia tidak sedih tetapi berbangga suaminya tersenarai ke skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Komen Eyra Hazali lagi apabila harus berpisah seketika dengan suami tercinta :
“Saya okey saja sebab sebelum kahwin lagi dia dah beritahu minta saya sentiasa bersiap sedia”.
“Alhamdulillah dia dapat rezeki lagi besar dengan sertai skuad Harimau Malaya. Nak cakap saya sedih, tak pun sebab dia masih dengan saya”.
“Lagipun saya anggap itu rezeki kahwin dan dia juga dapat memperbaiki lagi kerjayanya,”
“Untuk bulan madu memang tak rancang lagi sebab pemain bola sepak kita tak boleh jangka masa cuti dan kerja, macam sekarang ini tiba-tiba jurulatih dah panggil”.
“Tapi rancangan nak ke mana itu ada tapi belum buat sebarang persiapan atau pengesahan. Saya tak nak dia habis kerja terus honeymoon, bagi dia masa rehat dahulu,”
“Saya masih berlakon macam biasa cuma Haziq ada letak beberapa syarat antaranya kena tahu batas seorang isteri”.
“Tidak boleh pegang tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak mahu saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung”.
“Cukuplah lakonan yang bersederhana saja, tak perlu berlebih-lebihan untuk dapatkan babak romantik,”
Pasangan ini telah bernikah dalam sebuah majlis bersederhana di Masjid As Syakirin, KLCC kira-kira pukul 9.35 malam, Jumaat lalu dengan sangat meriah,
Bila ditanya tentang bulan madu, Eyra akui masih belum ada rancangan kerana kesibukan dan jadual suaminya yang padat.
Walaupun sudah menjadi seorang isteri, menurut Eyra suaminya masih membenarkan dirinya berlakon tetapi dengan berberapa syarat. Supaya Eyra dapat menjaga adab dan batas sebagai seorang isteri jelasnya.