Ernie Zakri Rasa Tertipu Dan Menyesal Berlakon

Ernie Zakri yang merupakan seorang penyanyi telah memberitahu bahawa dia stress dengan watak utama yang dilakonkannya dalam sebuah drama berjudul Suri Katriana.

Penyanyi berusia 27 tahun itu berkata bahawa dia pernah merasa menyesal kerana menerima tawaran watak lakonan itu kerana ia telah meninggalkan kesan pada emosinya.

Komen Ernie Zakri lagi :-

“Pada mulanya saya terima tawaran ini kerana mereka (pihak produksi) beritahu saya hanya terlibat dalam sembilan daripada 49 episod. Saya pun berlagaklah ambil job itu”.

“Mereka kata watak Suri ini seorang penyanyi dan penari di kampung. Sebab itulah saya sangka job ini kacang saja”.

“Tapi selepas pergi meeting dan baru tahu siapa pelakon lain, telan air liur saya. Rupanya komitmen untuk berlakon ni bukan mudah”.

“Saya ingatkan watak dia ringan tapi tak sangka berat dan boleh saya katakan sangat sukar untuk saya bawakan sebenarnya. Saya kena lahirkan watak psiko itu untuk dibawakan oleh Katriana iaitu lakonan Ummi Nazeera,”

“Ini kali pertama saya berlakon… pengalaman paling sukar apabila mereka minta saya untuk menangis”.

“Sedikit sebanyak ia memang memberi tekanan kepada saya. Kalau bangun pukul 7 pagi orang suruh menyanyi pun saya dah happy untuk buat tapi bila berlakon ni saya hanya akan menangis di bucu katil dulu. Senang cerita, lakonan bukan jiwa saya”.

“Memang saya seorang yang mudah menangis tapi bila berlakon dan mereka minta saya menangis, ianya memang susah.

“Berani untuk saya katakan ini adalah tawaran berlakon terakhir yang saya akan terima dalam tahun ini. Saya pun tak faham kenapa ada Ernie Zakri dalam drama ini,”

Ya, saya ada rasa menyesal. Kalau boleh tarik memang saya nak… walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ini pengalaman yang sangat bermakna untuk saya. Saya anggap ini rezeki sebab saya terpilih untuk berlakon.

“Saya memang salute pelakon-pelakon lain sebab mereka boleh luangkan masa yang lama dekat set, boleh hayati banyak-banyak emosi dalam satu drama”.
“Saya tak mahu cakap untuk berhenti terus dalam bidang lakonan… mana tahu kalau berlakon adalah rezeki untuk saya, kita lihat macam mana”

Buat pengetahuan semua ini adalah lakonan drama pertama dibawa oleh Ernie mungkin selepas ini dia akan berasa selesa dan dapat menyesuaikan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here