Penyanyi Elyana diketahui ramai sedang bertarung nyawa dengan penyakit barah yang dihidapi olehnya.
Baru-baru ini suami kepada Elyana mendedahkan kanser yang dihidapinya semakin parah dan sudah merebak ke tulang belakang. Malah Elyana juga ada berkongsi bahawa dia kini sedang menjalani rawatan radioterapi.
Namun ada perkara yang mengguris hati Elyana sehingga membuatkan penyanyi ini berasa sedih, rasa putus asa malah sehingga tidak mahu membuat rawatan lagi.
Difahamkan perkara ini berlaki apabila terdapat beberapa pengguna Instagram yang ‘menyekolahkan’ Elyana konon memberi nasihat tentang aurat dan mahu Elyana ini bermuhasabah diri serta mendekatkan diri dengan Tuhan. Malah ada juga menulis agar ELyaan membuang gambar tak menutup aurat di laman media sosial.
Namun ternyata Elyana amat kecewa dan bersedih hati dengan sikap individu itu yang tiada sensitiviti dengan keadaanya sekarang.
Terlalu kecewa dengan sikap segelintir netizen, Elyana memberitahu beliau tidak akan memaafkannya. Kemudian menerusi Instastory, Elyana mendedahkan beliau mahu menghentikan segala rawatan kerana ramai menginginkannya mati.
Selain itu, Elyana berkata sebelum ini semangatnya amat kuat untuk melawan sakit yang dihadapinya namun kerana ada sikap netizen yang keterlaluan seperti itu, semangatnya kembali telah jatuh selain mengucapkan terima kasih kepada netizen.
Dalam perkembangan terkini, Elyana kini sudah menutup akaun laman media sosial Instagramnya.
Sementara itu rakan Elyana iaitu Sherry Ibrahim pula memohon mereka mendoakan yang baik-baik dan bukannya menulis sesuatu yang hanya menyakitkan hati penyanyi tersebut.
Ini komennya:
“Tolonglah saya merayu supaya anda tak buat sebarang kata-kata negatif terhadap seseorang yang saya sangat ambil berat dan kuat serta tak tunjuk lemah sedang berlawan dengan sesuatu dalam badan.
“Janganlah tulis yang tak baik, menasihati sekarang bukan waktu yang sesuai. Doakan dia cepat sembuh dan doa baik-baik yang indah untuk dia. If you care and have good heart, dont do this to Elyana”
Apapun ramai-ramai kita doakan agar Elyana terus kuat dan janganlah patah semangat kerana komen dari netizen di luar sana.
consume #cannaoil ubat anti kanser paling mujarab