Elfira Tayang Body Letups Lepas Pantang

Siapa yang tak kenal dengan seleberiti kecil molek yang baru sahaja bergelar ibu kepada Rayyan Khalaf iaitu Elfira Loy.

Semestinya dilemma seorang wanita yang khususnya baru sahaja melahirkan bayi akan susah untuk mendapatkan bentuk badan seperti zaman anak dara dahulu bukan?

Kebiasaan wanita selepas bersalin akan menjalani proses berpantang. Proses ini sebenarnya adalah untuk menjaga pemakanan ibu supaya dapat menurunkan berat badan sekaligus dapat memberi khasiat kepada bayi itu sendiri.

Rata-rata para wanita yang bergelar akan mengambil masa yang sangat lama untuk mendapatkan badan yang cantik langsing selepas habis pantang.

Namun tidak bagi seleberiti dan ibu muda ini iaitu Elfira Loy yang mampu mengekalkan bentuk badan yang seakan anak dara walaupun kini sudah bergelar ibu kepada seorang anak lelaki.

Pelakon ini menerusi Instagram miliknya telah berkongsi gambar yang telah dimuatnaiknya baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen yang menunjukan dia memakai busana serba putih rekaan Rizman Ruzaini sangat lah kelihatan kurus ramping dan cantik persis anak dara.

Ternyata perkongsian yang dibuat oleh pelakon itu telah mendapat perhatian daripada warga netizen yang kini giat meminta pelakon tersebut berkongsi tips menjadi kurus selepas melahirkan anak.

Sebenarnya tidak susah untuk kembali kurus dan langsing seperti anak dara selepas bersalin, dengan teknik dan tips yang betul semestinya anda akan kembali seperti dulu.

Antara tips paling mudah adalah dengan mengawal diet pemakanan anda supaya apa yang diambil hanyalah makanan sihat dan bukannya dari sumber fast food. Secara tidak langsung juga anda haruslah berhenti meminum air yang bergula serta banyakan meminum air kosong sahaja.

Pengambilan buah dan juga sayuran yang banyak juga membantu agar anda terhindar daripada makan karbohidrat seperti nasi yang berlebihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here