Eizlan Yusuf Tamatkan Zaman Duda Dengan Gadis 29 Tahun

0
3308

Datuk Seri Eizlan Yusof yang merupakan pelakon dan juga usahawan dengan ini telah  memberitahu bahawa dia akan bernikah dengan wanita dari keturunan Serani yang dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember tak lama lagi.

Menurut Eizlan lagi, dia memberitahu bahawa majlis perkahwinannya dengan gadis mualaf berusia 29 tahun itu akan diadakan selama empat hari hasil dari tajaan dari berberapa pihak.

Komen Datuk Eizlan lagi tentang majlis perkahwinannya:

“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.

“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,”

“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,”

“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,”

Dia turut memberitahu bahawa tidak tahu akan jumlah sebenar kos majlis perkahwinanya sehingga kini.

Turut berkongsi bahawa dia sudah menjalinkan hubunga dengan Natasha kira-kira empat tahun lalu dan gembira apabila anaknya turut selesa dan merestui keputusan mereka untuk berkahwin.

Terdahlulu, Eizlan juga telah berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut tentang gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal diadakan mendapat tajaan RM2 juta.

Sebagai rekod, pelakon dan usahawan ini telah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan telah  bercerai talak satu pada Februari 2015 lepas.

Hasil perkongsian hidup diantara mereka, pasangan itu telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6. Bekas isterinya juga telah berkahwin lain dan bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here