Eizlan Yusof Dapat Tajaan Kahwin RM 2 Juta

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak Datuk Seri Eizlan Yusof ni kan. Berita terkini tentang dirinya adalah dia akan mengakhiri zaman dudanya dengan wanita pilihannya.

Menurut sumber, majlis perkahwinan Eizal Yusof ini akan bakal diadakan pada bulan depan serta mendapat tajaan sebanyak RM2 juta.

Wahhh!! Sungguh bertuah rezeki yang tidak diduga oleh Datuk Seri Eizlan Yusof ni ye!

Pastinya perkahwinan dia dan pasangan akan menjadi ‘wedding of the year’ dan sudah pasti meriah.

Menurut pelakon kacak yang berusia 48 tahun ini juga, dia sendiri tidak menyangka ada pihak yang baik hati mahu menaja perkahwinan dia dengan jumlah sebanyak itu.

Ternya ia adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin ini yang digelar tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Semoga murah rezeki pihak yang menaja Datuk Eizlan.

Sudah pasti sekarang ni waktu yang amat sibuk buat Datuk Eizal menguruskan persiapan pernikahan serta majlis yang akan berlangsung tak lama lagi.

Gosip sebelum ini ada juga mendakwa bahawa Datuk Eizlan sudah mempunyai kekasih hati dan mahu berkahwin dalam masa terdekat namun dia menafikannya.

Tetapi kini masanya sudah tiba, diharap majlis pernikahan Datuk Eizlan akan berjalan lancar seperti yang diharapkan olehnya.

Sebagai rekod, Eizlan Yusof pernah berkahwin dengan Vie Shanti Khan pada 7 Julai 2007 dan dikurniakan 3 orang anak hasil perkongsian hidup mereka.

Namun, pasangan ini telah bercerai dengan talak satu pada 28 September 2014. Dilaporkan juga bahawa bekas isterinya juga telah pun menamatkan zaman jandanya dan akan menimang cahaya mata baru tidak lama lagi.

Semstinya ia adalah waktu yang sangat sesuai bagi Eizlan menamatkan zaman dudanya yang sudah sekian lama. Semoga perkahwinan kedua ini akan bahagia sehingga ke Jannah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here