Dulu Selalu Dihina Sebab Hitam, Gadis Ini Bangkit Dan Buktikan Dirinya Seorang Yang Cantik

Di mata manusia kalau berbicara tentang cantik, pastinya yang terlintas di fikiran adalah putih, kurus, tinggi, kulit yang licin dan sebagainya. jadi adakah orang yang gemuk, kulit gelap tak cantik?

Gadis bernama Haneesya Hanee menajdi bualan ramai ekoran kisah yang dilalui olehnya. Sebelum ini Haneesya Hanee selalu diejek dan dihina kerana kulitnya gelap atau ‘hitam’. Tapi kini segalanya berubah, Haneesya Hanee telah berjaya menjadi seorang model dan juga baru jinakkan diri dalam dunia lakonan.

Malah Haneesya Hanee kini baru diterima sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja.

Haneesya Hanee menganggap mempunyai kulit hitam tidak semestinya tidak cantik. Haneesya yang juga berkulit hitam berasa sangat terkilan apabila selalu dihina oleh orang yang tidak dikenali kerana dibandingkan denagn mereka yang mempunyai kulit putih melepak.

Namun, perkara itu tetap tidak menghalang dirinya untuk berasa cantik dengan penuh yakin.

Ini nukilan dari Haneesya Hanee:

“our Malay people hv to stop thinking that “putih” is cantik. I am malay n i think i look great in dark skin. Being dark is not a problem at all. Only malay people are obsessed to be white n letting others feel down for hv dark skin. It’s 2108 but our melayu people still the same.”

Haneesya Hanee menyeru orang ramai untuk berhenti memikirkan bahawa hanya orang berkulit putih sahaja yang cantik. Menurutnya, tidak ada masalah langsung untuk orang berkulit gelap untuk merasakan dirinya cantik.

Gadis 18 tahun ini turut menyelar tindakan segelintir masyarakat yang terlalu obses untuk memutihkan kulit sehingga menjadikan orang berkulit gelap berasa rendah diri.

Seperti yang dijangka, ada saja pihak yang kurang senang dengan kenyataan beliau dan bertindak mencaci dan menghinanya, hanya kerana beliau berkulit gelap.

Haneesya selalu meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang bersikap diskriminasi dan tidak henti-henti melemparkan komen-komen negatif di akaun Instagram dan Twitter miliknya. Perkara tersebut telah berlaku secara terbuka, namun dia tetap membalasnya dengan penuh adab.

Lebih teruk, Haneesya turut dihina dan mendapat label seperti “perempuan hitam tak sedar diri”

Tetapi, dalam pada ramai yang mengecam, masih ramai juga yang menyokong Haneesya. Masing-masing menyifatkan kenyataan beliau itu sama sekali benar, malah turut terjadi kepada orang lain.

Sesungguhnya cantik itu sangat subjektif. Bukan hanya yang berkulit putih mampu digelar ‘cantik’. Semua manusia cantik dari mata orang yang mempunyai pandangan berbeza-beza kan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here