Dulu Jual Mahal Tapi Akhirnya Kahwin Juga Dengan ‘Crush’ Sejak Tingkatan 3

Siapa sangka crush yang pernah wanita ini minat akhirnya menjadi suami jua. Ini macam kisah fairy tale yang jadi kenyataan buat wanita ini.

Kisah perkongsian wanita ini telah mendapat 8ribu retweet di laman Twitter.

Jom baca

“I’m married with my crush. Alhamdulillah hari nie genap sebulan berkahwin dengan crush since form 3 rasa macam nak story macam mana kitorg boleh kenal, tapi ada ke yang nak tau, hahaha

“Kalau dihitung hitung hubungan nie dah masuk tahun ke 7. Tapi secara rasminya baru sebulan laa, huhu. Kitorg kenal time form 3 tapi time nie dia tak berapa nak layan sangat sebab dia nie sejenis yg belagak sikit time sekolah dulu. Dengan semua perempuan dia buad donno je

“Masa tu aku kene tukar kelas dari kelas 3 cemerlang ke kelas 3 waja. Haa first masuk kelas tu je, jejak je kaki mata aku dah terpandang dekat dia, time tu terus rasa macam, fuhh hensemnya mamat nie (dulu laa ) dapat laa rasa macam mana perasaan cinta pandang pertama tu, haha.

“Tapi aku nie jenis tak reti nak approach dulu, so aku pendam je perasaan sampai kesudah, haha. Dia pulak memang tak tau pun yg aku minat dekat dia, so minat tu berlarutan sampai laa ke form 5. Tapi time form 4 dia ada try mintak couple, tu pun sebab kawan baik dia yg suruh.

“Padahal time nie kawan baik dia memang dah tau yg aku suka dekat dia nie dari form 3, sebab aku sendiri yg bagitau. Tapi dah janji taknak bagitau dekat dia pasal benda nie. So time dia mintak couple tu, aku memang tak expect apa apa.

“Dia memang saja2 je mintak couple time tu sebab dia tengah sunyi. So masuk je form 5, lagi sekali dia try mintak couple, haa time nie aku tak fikir dah sama ada dia main2 ke apa, sebab kalau aku tak terima konfem takkan ada dah lepas nie, haha.

“So 14.3.2011 kitorg pun couple. Time nie dia memang takda perasaan apa2 pun dekat aku, kitorg message pun macam time kawan2 dulu. Dia nak taknak je layan aku time tu. Tapi disebabkan aku crush dekat dia dari form 3, so aku layankan je perangai dia time tu, tengah sayangkan

“Tapi lama2 siapa je yg boleh tahan, so aku start buad perangai, kalau gaduh mmg takkan mengalah laa citer dia. Sampai satu tahap tu,dia sendiri rasa stress giler dgn hubungan kitorg nie, sampai rasa nk putus. Tengah2 hari dia pergi rumah kawan baik dia nie sebab terlampau stress.

“Mana taknya, aku dah tak layan dia, massage dia pun aku dah tak reply so time nie laa kawan dia nie dok bocorkan rahsia, bagitau yg aku dah lama suka dekat dia, habis semua dia cerita and start dari situ dia mula sedar and baru tiba2 muncul perasaan sayang dekat aku.

“Dia rasa serba salah sangat time tu sebab buat aku macam tu. And start dari haritu jugak, layanan dia dekat aku jadi lain giler, dia jadi caring and time tu baru rasa yg diri nie ada pakwe and alhamdulillah perasaan tu kekal sampai sekarang.

“Mula mula dulu rasa mcm nak marah je kawan baik dia tu sebab dok bocorkan rahsia. Tapi bila fikir fikir balik, ada baiknya jugak. Disebabkan dia bagitau semua tu, hubungan kitorg boleh sampai ke pelamin nie haa, hahaha

Itulah perkongsian kisah mereka berdua ini. Hubungan mereka ada pancaroba kerana ibu si pengantin telah meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis pernikahan, memang sedih tetapi atas permintaan keluarga mereka berdua di satukan juga.

Semoga berbahagia selalu. Amin.

Sumber: Twitter Qinna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here