Dua Kali Rihana Tak Nak Buat Ujian DNA

Pada bulan November lepas, Rihana Oksana iaitu bekas isteri kepada Sultan Muhammad V telah pun menunaikan janjinya apabila memuat naik beberapa gambar wajah anak lelakinya di akaun Instagram miliknya kira-kira lebih dari lima bulan berahsia.

Jika sebelum ini, mendakwa bahawa pihak Istana Kelantan telah menafikan bahawa muka Tengku Ismail Leon adalah sama dengan Sultan Muhammad V. Menurut sumber pihak Istana juga memberitahu sekiranya iras wajah sahaja tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam menentukan siapakah bapa kandung bayi itu.

Terkini, apabila sumber pihak Istana mendedahkan kepada Daily Mail UK yang melaporkan bahawa Rihana sendiri tidak mahu melakukan ujian DNA seperti yang dikhendaki Sultan Muhammad V dan bukan sebaliknya.

Dikatakan bahawa sebanyak dua kali Rihana menolak untuk menjalankan ujian DNA sekaligus membuatkan peguam Sultan Kelantan mempertikaikan siapakah bapa kepada bayi tersebut.

Ini adalah kenyataan dari sumber Istana:

“Mungkin Rihana ragu-ragu siapa bapa kandung bayi itu, sebab itu dia tunggu bagaimana rupanya sebelum membuat ujian DNA. Penolakan Rihana menyebabkan keraguan di pihak Sultan,”

Tetapi, Rihana pula menolak dakwaan sumber Istana itu dan telah menunjukkan bukti kepada Daily Mail, apabila selepas seminggu Ismail Leon dilahirkan, dia telah menghantar mesej peribadi dan juga gambar bayi lelaki tersebut kepada Sultan Kelantan melalui emel bertarikh 28 Mei.

Ini pula respon balas daripada Rihana pula:

“Ini beberapa gambar Leon, menyerupai kamu. Tetapi, kalau kamu masih ragu-ragu saya bersedia untuk buat ujian DNA.

“Anak lelaki kita lahir pada bulan Ramadan, jadi saya maafkan kamu dan berterima kasih kerana memberikan Leon dalam hidup saya. Saya tak tahu kenapa kamu tiba-tiba berubah, tapi jika saya ada buat salah mohon maafkan saya

“Demi bayi kita, jangan hantar peguam untuk berunding, saya bukan musuh,”

Sebagai rekod, sumber yang didakwa dari Istana itu mengatakan bahawa Baginda telah merasakan bahawa perkahwian antara dia dengan Rihana merupakan satu kesilapan besar.

Juga didakwa bahawa sumber mengatakan baginda yang menangis terharu apabila menerima perkhabaran kehamilan merupakan cerita karut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here