Drama Band Selamba Perli Alif Syukri Dalam MV Baru

Nama kumpulan Drama Band kembali menjadi bualan hangat netizen kerana kali mereka didakwa selamba menyindir usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima dalam video muzik (MV) terbaharu Satu-Satu.

Aepul Roza selaku vokalis kumpulan tersebut menjelaskan bahawa semua perjalanan cerita serta watak yang diadakan dalam MV tersebut hanyalah rekaan semata-mata serta tiada kaitan dengan sesiapa.

Ini komen penuh dari Aepul lagi:

“Betul ke ada kaitan dengan mereka berdua? Rasanya tak… sebab cerita dalam MV itu hanya rekaan semata-mata. Tapi kalau ada sesiapa terasa, terpulanglah!

“Mungkin kita terlepas pandang sampai ia dikaitkan dengan orang lain pula. Apa-apa pun kalau ada yang terasa, kami minta maaflah!,”

MV terbaru mereka ini berkisarkan tentang sikap segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar populariti serta harta yang ditayang di laman Youtube pada Isnin lalu

Segelintir penonton berkata bahawa perjalanan cerita dalam MV itu seolah-olah  menyindir Aliff Syukri dan Baby Shima. Antara komen yang diberikan oleh warga net:

“Macam kisah Datuk Aliff Syukri dengan Baby Shima je ni. Kita tunggu dan lihat dia orang balas tak?

“Baguslah Drama band ni buat lagu fasal zaman sekarang, zaman orang ketagih populariti demi duit poket masing-masing.

“Macam perli seorang Datuk tu je… sama dengan golongan yang tak kisah aibkan diri sendiri, buat salah tapi anggap semua tu sekadar benda biasa yang tak perlu dipersoalkan. Masyarakat sekarang patutnya ubah pemikiran yang singkat ni,”

Aepul dengan tegas menafikan dakwaan kononnya mereka sengaja mencipta kontroversi dan mengaitkan MV tersebut sebagai tujuan gimik untuk mempromosikan lagu tersebut.

Jelasnya lagi, banyak mesej tersirat dalam MV berkenaan yang boleh dijadikan pengajaran buat semua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here